Wartawan umpama adiwira tangani berita palsu

Dari Penulis

WARTAWAN mempunyai peranan umpama adiwira dalam menangani penyebaran berita palsu di alam maya yang semakin menular seiring dengan perkembangan teknologi.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching berkata peranan dan kepentingan wartawan sebagai sumber maklumat tepat tidak akan berubah meskipun media berdepan dengan perubahan corak penyampaian serta maklumat berikutan revolusi pendigitalan termasuk dengan pengenalan teknologi kecerdasan buatan (AI).

“Tidak dapat dinafikan wartawan merupakan barisan hadapan untuk menyebar luas maklumat yang sahih dan benar kepada masyarakat,” katanya ketika berucap pada acara pelepasan peserta Media Hunt Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023 di Wisma Bernama hari ini.

Beliau berkata 49 kes berita palsu yang dicatatkan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) sejak Januari hingga penghujung April tahun initelah disiasat di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sementara itu Teo berkata beliau amat menghargai sumbangan wartawan dalam memastikan kelangsungan dan kejayaan rancangan pembangunan untuk Malaysia MADANI termasuk teguran bernas dan berasas agar kerajaan dapat menyampaikan khidmat terbaik kepada rakyat selaras dengan hasrat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Baca artikel lain: Majlis Ilmu Madani angkat nilai rahmah, ihsan dan amanah – PM

Mengenai penganjuran HAWANA 2023, Teo merakamkan penghargaan kepada Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) selaku agensi pelaksana yang bertungkus-lumus menggerakkan usaha dengan sokongan organisasi-organisasi media tempatan dan antarabangsa serta rakan-rakan penaja.

Pada acara Media Hunt HAWANA 2023 hari ini, Teo melepaskan 30 kenderaan melibatkan 120 peserta terdiri daripada pengamal media dari pelbagai agensi yang akan ke beberapa destinasi menarik, bersejarah dan penuh dengan warisan di Perak.

Bagi acara itu, hadiah disediakan hingga tempat ke-10, dengan tempat pertama akan meraih wang tunai berjumlah RM4,000, tempat kedua (RM2,500) dan ketiga (RM1,500).

Sambutan HAWANA 2023 yang mengangkat tema ‘Media Bebas, Tunjang Demokrasi’ yang bertujuan memberi penekanan semula terhadap isu kebebasan media dalam menjalankan tugas, berlangsung selama tiga hari mulai hari ini.

Majlis Kemuncak HAWANA 2023 akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, esok.

Tarikh 29 Mei diwartakan sebagai Hari Wartawan Nasional dan ia dipilih sempena penerbitan edisi pertama akhbar Utusan Melayu pada 29 Mei 1939.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: Kempen makin panas, billboard calon PH dirosakkan pihak tertentu – Nie Ching

KEHANGATAN Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semakin terasa apabila beberapa insiden sabotaj terhadap kempen calon Pakatan Harapan (PH) dilaporkan...

More Articles Like This