Malaysia Madani: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan tema hari kebangsaan 2023

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

MALAYSIA Madani: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan dipilih sebagai tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2023.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, hari ini beliau turut melancarkan logo HKHM 2023 yang berlangsung di hadapan KLCC.

Jelasnya, pelancaran juga diadakan serentak di Kuching, Sarawak dan Kota Kinabalu, Sabah.

“Pemilihan logo Malaysia Madani berteraskan kepada reka bentuk logo yang unik dan simbolik dengan ‘tangan yang sedang diangkat, untuk melafazkan ikrar Rukun Negara’.

“Ia mengandungi warna-warna asas Jalur Gemilang selaras dengan jati diri serta semangat patriotik rakyat Malaysia yang berbilang bangsa hidup dalam keharmonian, sehati dan sejiwa,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Baca artikel lain: Wartawan umpama adiwira tangani berita palsu

Beliau pada masa sama mengajak orang ramai untuk sama-sama membangkitkan rasa gembira dan cinta kepada negara sempena sambutan HKHM 2023.

“Harapan saya agar semua rakyat Malaysia semarakkan rasa cinta negara dengan turut serta dalam program yang telah disusun atur sepanjang bulan kebangsaan ini,” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemuda 23 tahun jatuh 9 meter ketika baiki silo di Ipoh

SEORANG pekerja kilang berdepan detik cemas apabila terjatuh dari ketinggian kira-kira sembilan meter ketika menjalankan kerja pembaikan di sebuah...

More Articles Like This