PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan penghargaan ke atas dua tokoh Islam yang hadir ke Majlis Ilmu Madani, semalam.
Majlis dihadiri bekas Mufti Agung Mesir, Al Alamah Syeikh Prof Dr Ali Jumuah Al Azhari, selain Pengasas dan Pengetua Dar Al Mustofa di Tarim, Yaman, Al Alamah Habib Umar Bin Muhammad Bin Salim Ben Hafidz.
Ketua Kerajaan Perpaduan itu berharap, majlis ilmu ini bukan sahaja mengangkat harakat umat Islam malah pada masa sama memberi manfaat kepada masyarakat bukan Islam.
“Syukur alhamdulillah malam ini saya dan Azizah dapat menghadiri Majlis Ilmu Madani di Masjid Putra, Putrajaya mendengar pesanan hikmah.
“Kita ingin jadikan majlis ilmu seperti ini di masjid sebagai pangkalan ilmu, mengangkat nilai rahmah, ihsan, amanah dan akhlak.
Baca artikel lain: Jenazah Awang Askandar selamat tiba di KLIA
“Terima kasih jua kepada seluruh hadirin dari pelbagai latar belakang yang datang dari seluruh Malaysia dan luar negeri bagi mendengar sendiri mutiara hikmah yang disampaikan oleh kedua ulama ini,” katanya.
Beliau berkata demikian menerusi hantaran di Facebook rasmi, hari ini.
Dalam Majlis Ilmu Madani, Prof Ali Juma’ah telah menyampaikan tausiah bertajuk ‘Nilai Ta’aruf Dalam Masyarakat Madani’.
Manakala Habib Umar Bin Hafidz pula menyentuh tema ‘Ilmu Dan Akhlak Dalam Pembinaan Masyarakat Madani’.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

