PRESIDEN Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dinasihatkan supaya tidak ‘berangan’ dan perasan kononnya ada pihak yang menawarkan parti itu menyertai Kerajaan Perpaduan.
Memetik laporan BH Online, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Pas ‘seeloknya’ terus bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan rakan komponen lain dalam Perikatan Nasional (PN).
Ahmad Zahid malah menolak dakwaan Abdul Hadi bahawa Pas menerima tawaran tersebut.
“Saya rasa eloklah mereka (Pas) terus berkawan dengan Bersatu.
“Jangan perasan ada sesiapa nak tawarkan pada dia (Abdul Hadi).
“Itu (dakwaan Pas ditawar sertai kerajaan) di luar pengetahuan saya,” katanya.
Baca artikel berkaitan: Pas gesa PM mohon maaf dakwa PN terima dana syarikat judi
Semalam, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang mendakwa ada pihak menghubunginya untuk menawarkan supaya Pas menyertai Kerajaan Perpaduan ketika ini.
Beliau mendakwa, tawaran itu muncul kerana Pakatan Harapan (PH) khususnya PKR menyedari kedudukannya tidak kukuh.
Pada masa sama, jumlah kerusi ahli Parlimen Melayu dalam PH juga dikatakan tidak sebanyak yang dimiliki Pas.
Abdul Hadi menegaskan Pas sebagai parti yang mempunyai kerusi paling besar sewajarnya memimpin berbanding tawaran untuk sekadar mengukuhkan kerajaan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

