Abdul Hadi umum beberapa perkara penting esok, Pas buat keputusan Rabu

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PRESIDEN Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang akan mengumumkan beberapa perkara penting ketika merasmikan Konvensyen RESET Malaysia yang akan diadakan di Tanah Merah, Kelantan, esok.

Perkara itu disahkan sendiri Ahli Parlimen Marang itu, hari ini.

Menurut Abdul Hadi, beliau juga telah mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Hamzah Zainudin di Rusila, Marang, semalam.

“Esok ada majlis di Tanah Merah, insya-Allah saya akan umumkan beberapa perkara,” katanya.

Sementara itu, mengenai khabar angin Gerakan RESET diketuai Hamzah itu akan diberi laluan menyertai Perikatan Nasional (PN), Abdul Hadi berkata, perkara itu sedang dinilai.

Pada masa sama, kata beliau, pihaknya mahu melibatkan seramai mungkin parti-parti Melayu Islam dan golongan bukan Melayu yang tidak ekstrim dalam gabungan tersebut.

Dalam pada itu, Abdul Hadi memberitahu, Pas juga akan melaksanakan beberapa keputusan penting selepas mengadakan mesyuarat Pas Pusat di Kuala Lumpur.

“Rabu ada mesyuarat (Pas) Pusat di Kuala Lumpur. Akan ada keputusan kita akan buat,” jelas beliau.

Terdahulu, Setiausaha Politik kepada Presiden Pas, Mohd Syahir Che Sulaiman mengumumkan Abdul Hadi akan hadir bagi merasmikan Konvensyen RESET Malaysia di Tanah Merah, Kelantan, esok.

Menurut Mohd Syahir, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang telah menerima undangan Datuk Seri Hamzah Zainudin dan bersetuju untuk hadir bagi merasmikan Konvensyen RESET Malaysia itu.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Remaja 17 tahun maut Honda Wave terlibat kemalangan dengan lori

SEORANG remaja berusia 17 tahun maut selepas motosikal jenis Honda Wave yang ditunggang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori...

More Articles Like This