Hadi sahkan pertemuan pemimpin Pas dan UMNO, beri bayangan penyatuan parti politik Melayu

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PRESIDEN Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengesahkan berlaku pertemuan antara pemimpin parti itu dengan UMNO, malam tadi.

Ia susulan cadangan supaya Muafakat Nasional (MN) 2.0 diwujudkan bagi memperkukuh kedudukan politik Melayu serta umat Islam.

Bagaimanapun, Abdul Hadi tidak mengulas lanjut berhubung pertemuan pimpinan Pas dengan UMNO itu.

Sebaliknya, Ahli Parlimen Marang itu berkata, beliau hanya dimaklumkan mengenai pertemuan berkenaan yang disifatkan sebagai perjumpaan biasa.

“Pertemuan biasa, kita jumpa belaka. Orang nak jumpa kita, kita jumpa.

“Saya tidak terlibat tetapi saya dimaklumkan mengenai perjumpaan tersebut,” katanya.

Terdahulu, tular gambar dalam media sosial memaparkan Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad tiba di sebuah hotel di Kuala Lumpur yang dikatakan sebagai lokasi Mesyuarat Biro Politik UMNO berlangsung, malam tadi.

Ia mencetuskan spekulasi pemimpin kedua-dua parti itu mengadakan pertemuan untuk berbincang mengenai cadangan menghidupkan kembali MN 2.0.

Mengulas mengenai kerjasama politik antara parti politik Melayu, Abdul Hadi berkata, konsep Pas tetap untuk menyatukan orang Melayu dan Islam bagi memimpin negara.

Pada masa sama, kata beliau, Pas juga mengambil kira dan tanpa meminggirkan masyarakat majmuk bukan Islam.

Sementara itu, mengenai persiapan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Abdul Hadi memaklumkan bahawa keputusan muktamad berhubung pembahagian kerusi dan penggunaan logo akan diputuskan selepas taklimat daripada pimpinan Pas Johor, Isnin ini.

“Kita sedang mengkaji, insya-Allah hari Isnin ini kita akan dengar taklimat daripada Pas Negeri Johor.

“Satu persatu kita dengar taklimat dulu, lepas itu akan dibuat keputusanlah bagaimana kita nak.

“Kita akan bertanding, pada dasarnya akan bertanding tapi akan dilihat dari segi pengaruh, peluang kita dan calon-calon.

“Alhamdulillah, kita ramai tokoh-tokoh yang jadi calon dalam Pas hari ini,” jelas beliau.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anggota MALBATT 850-13 bertugas di Selatan Lubnan selamat – ATM

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan bahawa seluruh anggota MALBATT 850-13 yang sedang bertugas di Selatan Lubnan berada dalam keadaan...

More Articles Like This