AWAS! Jauhi 9 perbuatan ini yang menyemai penyakit hati

Dari Penulis

Ramai yang mengaitkannya sebagai penyakit hati. Kalau tidak diubati ia boleh merosakkan urusan kehidupan. Dan kerana itu, umat Islam sering diingatkan agar berhati-hati dengan  penyakit hati dan berusaha untuk menghindarinya.

Imam al-Ghazali mengkategorikan penyakit hati sebagai perkara mazmumah (keji)  yang perlu dipandang serius agar manusia tidak terus alpa, antaranya:   

Pertama: Suka makan dan minum

Makan dan minum sebenarnya tidak salah. Tapi apabila ia tidak dikawal maka ia dilihat  sebagai perkara yang mazmumah. Begitu juga mereka yang makan secara gelojoh. Yang pasti, makan dan minum yang terlalu banyak akan menyebabkan manusia malas sekaligus lalai menunaikan ibadah.    

Kedua: Banyak bercakap

Syarrul kalam ialah banyak berkata-kata atau banyak bercakap. Orang yang banyak bercakap, selalunya akan banyak  melakukan kesalahan dalam percakapan. Sekaligus akan menimbulkan fitnah dan umpatan. Justeru jauhilah agar kita tidak tergolong di kalangan mereka yang berdosa.     

Ketiga: Pemarah

Sifat pemarah, senjata bagi menjaga hak dan kebenaran. Oleh kerana itu, seseorang yang tidak mempunyai sifat pemarah akan dizalimi dan akan dicerobohi hak-haknya. Namun, jika keterlaluan dan tidak kena pada tempat, akan membawa kerosakan bukan sahaja kepada diri bahkan orang lain.

Ingat! Syaitan adalah makhluk utama yang sentiasa ingin melihat berlakunya porak-peranda hanya kerana manusia tidak dapat mengawal nafsu amarahnya. Rasulullah s.a.w menganjurkan mereka yang memiliki sifat pemarah berwuduk supaya meredakan kemarahannya.  

Keempat: Hasad dengki dan iri hati

Ini satu lagi sifat mazmumah yang banyak berlaku dalam masyarakat. Ketahuilah, orang yang bersifat demikian seolah-olah membangkang setiap ketentuan Allah. Firman Allah dalam surah al-Imran: 120,

“Sekiranya kamu mendapat kebaikan, nescaya mereka akan merasa kurang senang, tetapi apabila kamu mendapat kecelakaan, mereka bersuka ria kerananya.”

Orang yang berperangai seperti itu juga sentiasa dalam keadaan berdukacita dan iri hati kepada orang lain yang akhirnya menimbulkan fitnah dan hasutan yang membawa bencana dan kerosakan.

Kelima: Kasih pada harta

Tidak salah sekiranya memiliki harta dan kemewahan hidup. Tetapi kemewahan yang membawa sifat bakhil, tamak haloba dan juga membazir dibenci oleh Islam. Sebaliknya,  harta dunia harus dijadikan jambatan untuk mendapat kebaikan di akhirat. Allah berfirman dalam surah al-Munafiqun ayat sembilan,  

“Hai orang beriman, janganlah kamu dilalaikan oleh harta kekayaan dan anak pinak mu daripada mengingati Allah. Sesiapa berbuat demikian, maka tergolonglah mereka di kalangan orang yang rugi.”

Keenam: Takbur

Takbur ialah membesarkan diri atau berkelakuan sombong serta bongkak. Orang yang takbur  memandang dirinya lebih mulia dan lebih tinggi pangkatnya daripada orang lain serta memandang orang lain itu hina dan tidak setaraf dengannya. Sifat takabbur ini tiada sebarang faedah malah membawa kebencian Allah dan juga manusia. Firman Allah,

Dan apabila dikatakan kepadanya: “Bertakwalah engkau kepada Allah”, timbullah kesombongannya dengan (meneruskan) dosa (yang dilakukannya itu). Oleh itu padanlah ia (menerima balasan azab) neraka jahanam dan demi sesungguhnya, (neraka jahanam itu) adalah seburuk-buruk tempat tinggal.” Surah al-Baqarah: 206

Ketujuh: Riak

Perasaan inginkan kemegahan dan pangkat kebesaran menjadikan perbuatan seseorang itu tidak ikhlas kerana Allah. Akibat dari  sifat tersebut, membawa manusia kepada tipu helah sesama manusia dan menyebabkan seseorang itu membelakangkan kebenaran kerana menjaga pangkat dan kebesaran.

Kelapan: Ujub

Sifat ujub berkait rapat dengan takbur dan riak. Ia bermaksud seseorang itu berasa megah dengan keistimewaan dan kelebihan diri sendiri. Biasanya ia dilihat daripada kecantikan, kepandaian, kekayaan dan lain-lain.

Kesembilan: Kasih akan dunia

Hati yang sentiasa berpaut pada kehidupan dan kesenangan duniawi menyebabkan seseorang itu takut mati. Hakikat ini digambarkan oleh Allah dalam firman-Nya,

“Ketahuilah sesungguhnya kehidupan dunia adalah permainan, senda gurau, perhiasan, bermegah-megah antara kamu dan berlumba-lumba dalam mengumpul harta kekayaan dan anak pinak.” surah al-Hadid: 20

__________________________________________

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Fahami perbezaan hadis daif, palsu dalam beramal di era digital

Oleh Mohd Shahrizal Faizal Mahasiswa Tahun 3 di Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. PERKEMBANGAN media sosial pada...

More Articles Like This