Mayat wanita dibunuh kekasih, disumbat dalam guni ditemui bawah jejambat

Dari Penulis

MAYAT seorang wanita mati dibunuh kekasihnya disumbat di dalam guni sebelum dibuang di bawah jejambat berhampiran Tol Cibitung-Cilincing, Jakarta Utara, kelmarin.

Menurut Ketua Polis Metro Jaya, Komisioner Hengki Haryadi berkata, turut ditemui bersama-sama mayat wanita itu kad pengenalan di dalam poket kanan pakaian mangsa.

“Polis pada awalnya mengesyaki kad pengenalan tersebut adalah palsu. Bagaimanapun selepas pemeriksaan lanjut, kad tersebut adalah benar milik mangsa.

“Kami juga melakukan pemeriksaan cap jari bagi mengesahkan identiti mangsa,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Polis Metro Jaya, Maulana Mukarom mendedahkan suspek kejadian merupakan teman lelaki mangsa.

“Mangsa berusia 43 tahun yang dikenali sebagai T, tidak mempunyai pekerjaan dan dipercayai bercinta dengan suspek.

“Suspek yang dikenali sebagai Volly Willy Aritonang, 54, telah membunuh mangsa dengan cara menekup mangsa menggunakan selimut,” katanya.

Jelasnya lagi, suspek kemudian menyumbat mangsa di dalam guni sebelum membuang mayat mangsa bersama seorang lagi suspek yang dikenali sebagai M Furqon, 52.

Menurutnya, kedua-dua suspek telah ditahan bagi siasatan lanjut.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Onn Hafiz nafi dakwaan Puad, UMNO Johor bakal buat laporan polis

PENGERUSI Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi bahawa beliau...

More Articles Like This