SEORANG pelajar sebuah universiti swasta berjaya diselamatkan orang awam selepas cuba membunuh diri di Seksyen 13, Shah Alam, petang tadi.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima makluman mengenai kejadian daripada seorang wanita pada pukul 1.40 petang.
“Siasatan mendapati pelajar lelaki berusia 20 tahun itu dikatakan mengalami tekanan kerana gagal mencapai sasaran yang ditetapkan dalam pengajian.
“Pelajar terbabit mengalami masalah ‘major depressive disorder with psychatric features’ sejak tiga tahun lalu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, pelajar tersebut masih menerima rawatan psikiatri di Subang Jaya Medical Centre.
Kes telah diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

