Kahwin tahun ini tapi tarikh belum muktamad, semuanya bergantung pada kondisi kesihatan ibu – Ubai

Dari Penulis

PEMPENGARUH media sosial, Ubai dan penyanyi Shila Amzah merancang untuk berkahwin pada tahun ini.

Bagaimanapun, jelas Ubai atau Muhammad Ubaidillah Mohd. Zulkefli,25, kedua-dua pihak keluarga masih belum memutuskan tarikh pernikahan kerana semuanya bergantung kepada keadaan kesihatan ibunya, Rohani Jamal,52, yang menghidap kanser ovari tahap tiga.

“Saya dan Sha akan bernikah pada tahun ini juga sebab saya tahu bertunang ni tak elok lama-lama. Kami belum ada tarikh pernikahan lagi sebab semua tu bergantung dengan kondisi mak saya.

“Ada masa mak sakit, ada masa mak sihat, dia baru saja jalani rawatan kimoterapi. Jadi, saya lebih prihatin tentang keadaan mak saya sebelum buat apa-apa keputusan,” katanya ketika dihubungi URTV.

Sekali lagi, Ubai diduga dengan pemergian adik lelakinya akibat kemalangan jalan raya pada 3 Mei lalu.

Katanya, dia tiada niat untuk merahsiakan pertunangan kerana persiapan itu sememangnya sudah dibuat awal dan semuanya berjalan lancar mengikut perancangan.

Sedia galas tanggungjawab suami, bapa

Ditanya juga tentang persediaan menjadi bakal suami kepada Shila atau Nurshahila Amir Amzah,33, dia akui sudah bersedia menggalas tanggungjawab itu.

Tambahnya, semasa mereka berkenalan, pasangan sejoli itu ada membincangkan soal anak dan dia juga bersedia menjadi bapa.

“Ya, Insya-Allah saya bersedia menjadi suami kepada Sha. Macam biasa, untuk persediaan sebelum kahwin, kita perlu kenal hati budi masing-masing.

“Dalam tempoh saya berkawan dengan Sha, saya ada juga bertanya kepada Sha tentang anak. Insya-Allah semoga dipermudahkan untuk saya bergelar seorang suami dan bapa,” ujarnya.

Bagaimanapun, personaliti media sosial ini tidak mempunyai sebarang masalah semasa bertemu dengan penyanyi legenda, Datuk Amir Amzah Salleh atau dikenali sebagai ND Lala yang merupakan ayah kepada Shila.

“Sebenarnya, sebelum tunang lagi, saya dah jumpa dengan ayah Sha. Masa pertama kali jumpa tu, kami saling bertanya khabar dan mula berkenalan. Kami okay, tak ada masalah pun,” jelasnya.

Ubai turut menyangkal dakwaan netizen bahawa jarak umur yang jauh antara dia dan penyanyi lagu Memori Tercipta itu bukanlah suatu penghalang untuk mereka membina masjid tidak lama lagi.

“Bagi saya, jarak jauh atau tidak, tak ada masalah pun. Memang normal orang cakap umur ni bukan penghalang, saya setuju dengan penyataan tu.

“Ia bergantung kepada pasangan masing-masing. Ada saja yang dah berumur pun masih belum berkahwin. Insya-Allah saya dah bersedia untuk ke langkah seterusnya dan umur bukan satu penghalang,” ujarnya.

Ditanya juga tentang kenyataan adik Shila iaitu penyanyi Syada Amzah yang tidak mahu memanggilnya ‘abang’ disebabkan faktor usia mereka yang sebaya, kata Ubai, dia menyifatkan ianya sekadar gurauan.

“Sebenarnya tu gurauan saja antara kami. Saya pun ada bergurau tak mahu panggil dirinya adik,” selorohnya.

Akan tetap uruskan ibu walaupun selepas nikah

Dalam pada itu, personaliti Tik Tok itu berjanji dia dan adik-beradiknya yang lain akan tetap menjaga ibunya walaupun masing-masing akan mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.

Ubai turut menceritakan rutin hariannya pada setiap hari akan bersalaman dan meluangkan masa bersama ibunya sebelum pergi ke kerja dan selepas pulang dari tempat kerja.

“Sebelum ni, arwah adik saya yang jaga mak saya. Sekarang, sama-sama akan jaga mak, macam biasa juga.

“Saya memang ada rumah sendiri. Jadi, normal rutin saya sebelum pergi ke kerja, saya akan pergi ke rumah mak saya dan luangkan masa. Selepas balik kerja pun saya memang akan jumpa mak saya dulu.

“Anak mana yang tak sayang mak kan, lepas dah selesai tu, saya akan pulang ke rumah saya sendiri,” ujarnya.

Pada Sabtu lalu, Ubai dan Shila telah selamat melangsungkan majlis pertunangan yang turut dihadiri oleh kedua-dua belah keluarga.

Untuk rekod, penerima Anugerah Kembara dari Anugerah Industri Muzik 2013 itu pernah berkahwin dengan Haris Idraki Elias pada April 2018 namun bercerai pada Februari 2022.

Mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Seth Uwais.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Saya tak kejar populariti, cukuplah lagu saya menggamit memori…,” – Jamal Abdillah bicara soal gelaran Biduan Negara

MENGHAMPIRI lima dekad mendaki puncak populariti dalam industri muzik tanah air, nama Raja Pop negara, Datuk Jamal Abdillah, tidak...

More Articles Like This