Kuih Bingka Kentang

Rosmarlinda Kamarudin
Rosmarlinda Kamarudin
Penulis merupakan Pengarang SAJI di UtusanTV dengan pengalaman lebih 23 tahun dalam bidang kewartawanan. Kerjaya penulisan bermula pada tahun 1996 di HVD Film Production (M) Sdn Bhd sebagai penulis skrip selama tujuh tahun. Seterusnya, penulis menyertai Utusan Karya Sdn Bhd pada tahun 2003 sebagai wartawan dan jawatan terakhir sebagai Pengarang SAJI. Pada tahun 2023 bertugas di Utusan Binders Sdn.Bhd. di bawah jenama UtusanTV sehingga kini. Sepanjang kerjaya, penulis berkemahiran dalam penulisan dan liputan pelbagai isu, khususnya berkaitan pemakanan. Selain mencipta resipi, penulis juga terlibat dalam penerbitan buku resipi untuk chef-chef, menjadi juri pertandingan masakan, serta aktif dalam penganjuran acara dan program CSR. Sebarang jemputan acara, kerjasama bagi event & CSR, pelancaran produk atau sidang akhbar boleh diajukan melalui e-mel: [email protected].

Dari Penulis

Kuih bingka boleh dipelbagaikan rasanya. Pernah rasa bingka kentang? Sedap tau! Bahan-bahan penyediaannya juga cukup mudah. Jangan buang masa, jom kita cuba resipi yang dikongsikan oleh Kak Hanielieza ini.
BAHAN-BAHAN

5 biji ubi kentang – saiz sederhana
1 cawan tepung gandum
2 cawan santan
1 cawan gula
3 sudu besar mentega
3 biji telur
2 sudu besar bijan – goreng tanpa minyak
Sedikit pewarna kuning
Sedikit garam
Sedikit minyak masak – sapu pada loyang
CARA MENYEDIAKAN

  1. Rebus kentang sehingga empuk. Tuskan airnya.
  2. Masukkan kentang dan santan ke dalam pengisar. Kisar hingga sebati.
  3. Masukkan semua bahan lain kecuali bijan ke dalam pengisar . Kisar lagi hingga sebati.
  4. Panaskan ketuhar pada suhu 170 darjah C. Sapukan minyak di sekeliling loyang 7 x 7 inci.
  5. Tuang rata bahan yang dikisar tadi dalam loyang dan taburkan bijan di atasnya.
  6. Bakar selama 60 minit atau sehingga masak. Biarkan kuih betul-betul sejuk dan potong.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Tasty Touch Catering pakar dalam hidangan ‘finger food’

TASTY Touch Catering bermula lebih dari 10 tahun yang lalu sebagai sebuah dapur kecil di Cheras, Kuala Lumpur, dengan...

More Articles Like This