Lelaki ala Hitman: Agent 47 ditahan polis kurang 5 jam selepas curi mesin wang

Dari Penulis

SEORANG lelaki yang aksi ala Hitman: Agent 47 ketika masuk ke dalam sebuah kedai roti di Jalan Pintu Pong, Kota Bharu diberkas kurang lima selepas mencuri mesin wang pada Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, pihaknya menerima makluman mengenai kejadian daripada seorang wanita berbangsa Cina pada pukul 1.32 petang.

Beliau berkata, dalam kejadian pukul 8 pagi itu, suspek telah masuk ke dalam kedai seorang diri dengan memakai jaket, seluar panjang berwarna hitam dan topi.

“Suspek telah berlegar-legar dalam kedai sambil memegang objek disyaki pistol mainan.

“Suspek kemudian ke kaunter juruwang sebelum bertindak melarikan mesin wang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, ketika kejadian, semua pekerja sedang membuat roti dan kek di tingkat atas kedai.

“Suspek berbangsa Melayu berusia lingkungan 40-an itu berjaya ditahan pada pukul 12.30 tengah hari.

“Turut dirampas mesin yang dicuri seta pistol mainan yang digunakan ketika kejadian,” ujarnya.

Katanya, suspek adalah “Local Bad Character (LCB)” di daerah Kota Bharu dan sentiasa dalam pemantauan polis.

“Hasil daripada maklumat, polis berjaya menahan suspek sebelum pengadu membuat laporan di balai polis,” katanya.

Mohd Rosdi berkata, suspek terbabit mempunyai beberapa rekod kesalahan lampau dan direman bagi membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan Seksyen 36 Akta Senjata 1960.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Lagi kes di Kem Hobart: Dua anggota tentera cedera ketika latihan menembak

TENTERA Darat Malaysia (TDM) mengesahkan berlakunya satu insiden kemalangan semasa Latihan Peningkatan Tempur (LPT) di Lapang Sasar Kem Hobart,...

More Articles Like This