Mahkamah benar 32 penggiat seni saman PRISM Berhad

Auzaee Athallah
Auzaee Athallah
Penulis merupakan Pengarang Multimedia/wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lima tahun dalam dunia kewartawanan. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2023, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat penyiaran/portal lain sejak tahun 2021. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama mahkamah, jenayah dan politik.

Dari Penulis

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan seramai 32 orang penggiat seni untuk memfailkan saman ke atas Performers Rights and Interest Society of Malaysia (PRISM) Berhad bagi menuntut pembayaran royalti.

Keputusan itu dibuat oleh hakim Ahmad Murad Abdul Aziz mengikut mengikut Seksyen 471 Akta Syarikat 2016.

Antara penggiat seni selaku pemohon bagi kes itu adalah Datuk DJ Dave, Datuk Jamal Abdillah, Datuk J Sham, S Atan, Aris Ariwatan, Ibnor Riza, Azharina Azhar, Ezlynn dan Julian Blues Gang.

Ketika ditemui pemberita selepas prosiding itu selesai, peguam yang mewakili kesemua pemohon Datuk Kamaruzaman Arif berkata, keputusan itu merupakan perkembangan positif bukan sahaja buat ahli PRISM, malah kepada penggiat seni yang lain.

“Hari ini adalah keputusan yang sangat positif oleh Mahkamah Tinggi, bukan sahaja kepada ahli PRISM Berhad tetapi juga membuka lembaran baharu kepada dunia pelaku di bawah Akta Hak Cipta 1987 yang juga akan mendapat manfaat secara tidak langsung,” kata peguam itu.

Peguam, Datuk Kamaruzaman Arif

Katanya lagi, pihaknya bakal memfailkan tindakan undang-undang secepat yang mungkin ke atas PRISM Berhad bagi mengenal pasti bagaimana pengiraan pembayaran royalti itu dibuat sekiranya ada.

“Kita mahu persoalkan dan mendapatkan ketelusan maklumat. Jadi, penjelasan akan diberikan pastinya di mahkamah berkenaan berapa jumlah wang yang telah dikutip, bagaimana kira-kira dibuat dan kenapa artis tidak mendapat bayaran?

“Kita tahu bahawa wang itu telah dikutip pada tahun 2017 dan 2018 namun pada tahun seterusnya, kita tidak tahu sama ada wang royalti itu dikutip ataupun tidak,” jelasnya lagi.

Sebelum ini pada 13 September tahun lalu, UtusanTV melaporkan 32 orang penggiat seni itu telah memfaikan satu notis usul berserta afidavit bagi mendapatkan kebenaran Mahamah Tinggi Kuala Lumpur untuk memfailkan saman menuntut pembayaran royalti daripada Prism Berhad. 

Notis usul dan affidavit yang difailkan pada 9 September 2022 itu merupakan tindakan mahkamah yang julung-julung kali dibuat penggiat seni tanah air. 

Kamaruzaman ketika itu berkata, menurut perlembagaan PRISM Berhad, bayaran royalti pelaku hendaklah diagihkan sekali dalam setahun.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: Kempen makin panas, billboard calon PH dirosakkan pihak tertentu – Nie Ching

KEHANGATAN Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semakin terasa apabila beberapa insiden sabotaj terhadap kempen calon Pakatan Harapan (PH) dilaporkan...

More Articles Like This