Suami isteri direman kes bunuh warga emas

Dari Penulis

Sepasang suami isteri direman selama tujuh hari (2 hingga 8 Jun) bermula hari ini bagi membantu siasatan kes bunuh seorang warga emas di Taman Cempaka Putih, Tambun Tulang semalam.

Kedua-dua suspek berusia 34 tahun itu dibawa ke Mahkamah Majistret di sini, kira-kira 10.25 pagi tadi dan perintah tahanan reman dikeluarkan oleh Majistret Siti Nor Hasliza Md Ali.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Arau Superintendan Ahmad Mohsin Md Rodi dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. 

Semalam Bernama melaporkan seorang anak perempuan membunuh ibunya berusia 74 tahun di rumah mereka pada 4.30 pagi.

Mangsa Rashidah Chong mengalami kesan lebam pada kedua-dua belah mata, dahi, telinga kanan,  kepala, lidah serta patah tulang rusuk.

— BERNAMA

Friday , 02 June 2023

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Keperluan mempercepat peralihan tenaga di Malaysia

MALAYSIA perlu mempercepat peralihan tenaga kerana negara berdepan risiko krisis bekalan tenaga, ketidaktentuan harga bahan api global, tekanan subsidi...

More Articles Like This