Piala Datin Hajjah Zaleha bakal jadi kejohanan shotgun tahunan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PIALA Datin Hajjah Zaleha yang akan dianjurkan pada hari Sabtu dan Ahad ini bakal dijadikan kejohanan tahunan bagi penggunaan senjata shotgun.

Pengarah Program Piala Datin Hajjah Datin Zaleha, Mohamad Hamdan Abu Bakar berkata, acara julung kali itu bakal dimasukkan dalam kalendar Kelab Menembak Sasaran Shapadu (KMSS), Putrajaya.

Beliau berkata, piala tersebut juga akan diangkat sebagai kejohanan shotgun terulung di negara ini.

Menurut Mohamad Hamdan, acara itu menjadi medan terbaik bagi menguji kemahiran pengendali shotgun.

“Kejohanan selama dua hari hingga Ahad ini tentunya menjadi medan bagi pemilik shotgun berlatih untuk memantapkan dan memperkemaskan kemahiran menembak masing-masing.

“Piala Datin Hajjah Zaleha ini akan menampilkan 12 peringkat cabaran merangkumi satu peringkat panjang, lima medium dan enam pendek yang tentunya menjanjikan cabaran berbeza.

Baca artikel berkaitan: Piala Datin Hajjah Zaleha uji kemahiran pengendali shotgun

“Pada masa sama, kejohanan ini juga menampilkan dua kategori iaitu semi-automatik dan pump action,” katanya kepada UtusanTV.

Mengulas lanjut, Mohamad Hamdan memaklumkan, peserta yang menyertai kejohanan tersebut juga akan dipilih bagi mewakili negara ke pertandingan World Shoot Shotgun yang akan berlangsung di Pattaya, Thailand.

Katanya, kejohanan yang merupakan hasil cetusan idea Presiden KMSS, Dato’ Sri Shafiz Shahrani diinspirasikan atas nama ibunya iaitu Datin Zaleha Abdul Rahman.

Bagi kejohanan julung kali itu, Mohamad Hamdan memberitahu, seramai 50 peserta telah pun mengesahkan penyertaan masing-masing.

“Selain itu, KMSS turut menyediakan kelas dan kursus menembak shotgun bertaraf dunia yang dikendalikan oleh jurulatih yang diiktiraf.

“Bagi individu yang berminat boleh menghubungi saya di talian 012-575 2330,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dua remaja lelaki maut terlanggar kerbau melintas jalan di Jelebu

DUA remaja lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangi masing-masing merempuh seekor kerbau yang tiba-tiba melintas jalan di Kilometer 11...

More Articles Like This