Anwar ‘kembali’ ke PAU sebagai tetamu kehormat

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SELEPAS lebih dua dekad dipecat daripada UMNO, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal membuat ‘kemunculan’ semula pada pentas Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023.

Kehadiran Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu sebagai tetamu kehormat pada majlis perasmian PAU 2023, Khamis depan.

Buat pertama kali dalam sejarah juga, PAU 2023 kali ini akan menyaksikan kehadiran pemimpin utama DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah).

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, Anwar dijemput sebagai tetamu kehormat bersama 19 presiden parti-parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan.

Asyraf Wajdi turut menyifatkan ia sebagai detik bersejarah buat PAU.

“Kita pada tahun ini, sedikit kelainan dan bertuah kerana PAU akan turtu dihadiri oleh Perdana Menteri bersama 19 presiden parti-parti yang bergabung di bawah Kerajaan Perpaduan.

“Ini merupakan saat bersejarah buat PAU kerana disertai oleh pelbagai parti yang membentuk kerajaan,” katanya dalam sidang media, hari ini.

Sebagai rekod, UMNO tidak mengundang mana-mana pemimpin Kerajaan Perpaduan untuk menghadiri PAU 2022 yang diadakan Januari lalu.

Baca artikel berkaitan: Kritikan UMNO, PH pengaruhi langkah politik – KJ

Sebelum ini, suara Anwar kembali bergema di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) sewaktu Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan yang menghimpunkan 19 parti yang mendukung kerajaan.

Kali terakhir Anwar berucap di Dewan Merdeka adalah pada PAU 1997 iaitu ketika beliau memegang jawatan Timbalan Presiden parti itu.

PAU 2023 akan diadakan pada 7 hingga 10 Jun ini di WTCKL.

Sementara itu, Asyraf Wajdi memaklumkan, UMNO bercadang membuat beberapa pindaan kepada Perlembagaannya termasuk bagi membenarkan pendaftaran secara dalam talian.

Beliau berkata, perkara itu antara yang menjadi hasrat Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Pada masa ini, Asyraf Wajdi berkata, setiap individu yang mahu menyertai UMNO perlu mendapatkan kelulusan daripada ketua cawangan.

“Kita menerima banyak maklum balas daripada anak-anak muda yang ingin menyertai UMNO tetapi kerana kekangan dari segi Perlembagaan.

“Contohnya, setiap pendaftaran itu perlu mendapat kelulusan ketua cawangan. Ini juga antara perkara yang akan dipermudahkan supaya UMNO lebih dekat dengan generasi muda,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Amaran hujan lebat, banjir di Thailand: Rakyat Malaysia disaran berwaspada

RAKYAT Malaysia yang berada atau merancang untuk berkunjung ke Thailand dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada susulan amaran risiko hujan lebat...

More Articles Like This