Konsert Muse tukar lokasi di Stadium Nasional Bukit Jalil

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

MALAYSIA menjadi satu-satu negara Asia yang dipilih band rock terkenal dunia, Muse untuk singgah menjayakan konsert pada 29 Julai depan.

Dibawakan oleh Hello Universe, kumpulan dari England itu akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur sebagai salah satu lokasi konsert jelajah dunia Konsert Will of The People.

Menurut penganjur, pada awalnya konsert tersebut dijadualkan berlangsung di lokasi lain namun pertukaran tempat dilakukan selepas mengambil kira keselesaan dan kapasiti peminat yang akan hadir untuk menonton kumpulam yang popular dengan lagu seperti Supermassive Black Hole, Starlight dan Time Is Running Out.

Bagi pemegang tiket sedia ada, tiket yang dikemaskini dengan maklumat lokasi baharu akan dihantar menerusi e-mel ke akaun berdaftar pembeli.

Mereka akan dapat menggunakan tiket baharu ini untuk masuk ke acara di lokasi baharu. Bagaimanapun, pembeli tiket untuk zon A, B dan C kekal sama.

Susunan tempat duduk untuk zon lain akan diselaraskan untuk menyesuaikan penonton di lokasi baharu, selain tempat duduk juga ditetapkan tempat baharu.

Tiket Konsert Will of The People boleh didapati menerusi laman sesawang www.ticket2u.com.my, bermula hari ini.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Demi masa depan, Kim K ketepikan ego, sanggup beratur panjang uji bakat Suria Records

SEMANGAT kental peserta program realiti Talk To My Manager musim kedua, Kim K dalam mengejar impian sebagai anak seni...

More Articles Like This