Tunggu hari perlawanan lihat keadaan sebenar padang – Hannah

Dari Penulis

MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata semua pihak perlu menunggu sehingga hari perlawanan Malaysia menentang Oman pada Selasa ini, untuk melihat keadaan sebenar padang di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Diminta mengulas mengenai beberapa gambar dan video di media sosial yang mendakwa keadaan padang yang teruk, beliau berkata ia bukan gambar terkini.

“Itu gambar bukan semalam atau hari ini, jadi kita kena tunggu pada hari perlawanan,” jawabnya secara ringkas selepas sidang media kerjasama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersama Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC), hari ini.

Sebelum ini, tular di media sosial gambar dan video yang diambil menerusi dron, dengan keadaan padang di venue keramat skuad Harimau Malaya kelihatan teruk dan bukan kali pertama keadaan padang itu menjadi topik panas.

Aksi pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di antara Malaysia dan Oman, dijadualkan pada 10 malam Selasa depan (26 Mac) di Stadium Nasional.

Mengulas mengenai kekalahan 0-2 skuad Harimau Malaya kepada Oman di Muscat pada aksi awal pagi tadi, Hannah berkata pasukan tuan rumah sememangnya beraksi dengan baik sebagai pasukan di ranking ke-80 dunia.

Bagi merapatkan jurang dengan pasukan terbaik Asia, beliau berharap skuad kendalian Kim Pan Gon yang berada di kedudukan 132 dunia, akan memanfaat dengan baik peruntukan tambahan RM5 juta daripada kerajaan untuk persiapan beraksi menentang pasukan di ranking lebih tinggi.

Baca artikel lain: Harimau Malaya tekad balas dendam ke atas Oman di Bukit Jalil

Sementara itu, Hannah tidak menolak kemungkinan Malaysia akan menghantar jumlah kontinjen yang kecil ke Sukan Olimpik Paris 2024, selepas beberapa nama besar dan skuad hoki gagal melayakkan diri.

“Saya percaya atlet kita sudah melakukan yang terbaik, jika ada yang tak layak, mereka kena menerimanya. Kita akan buat penambahbaikan, sebab itu Road To Gold (RTG) sudah mengenal pasti atlet berpotensi dalam program Fast Track untuk Olimpik Los Angeles 2028.

“Masih ada yang dalam proses kelayakan dan harap yang masih dalam proses itu berjaya,” katanya.

Setakat ini, hanya lima atlet telah layak ke Paris – Bertrand Rhodict Lises (terjun), Nur Shazrin Mohd Latif (pelayaran), Johnathan Wong Guanjie (menembak), Ariana Nur Dania Mohd Zairi (memanah) dan Nur Aisyah Mohd Zubir (berbasikal lebuh raya) – dengan sejumlah 20 hingga 29 atlet lagi dijangka layak.

Temasya Olimpik 1960 Rome dan 1988 Seoul mencatatkan penyertaan paling rendah bagi Malaysia, apabila hanya masing-masing sembilan atlet negara beraksi, manakala 62 atlet beraksi di temasya Tokyo 1964.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Anggota MALBATT 850-13 bertugas di Selatan Lubnan selamat – ATM

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan bahawa seluruh anggota MALBATT 850-13 yang sedang bertugas di Selatan Lubnan berada dalam keadaan...

More Articles Like This