Sebab itu Nabi berpesan supaya hindari sifat marah, sains buktikan risiko buruk jika gagal kawal kemarahan

Dari Penulis

MARAH, salah satu sifat yang ada dalam diri manusia. Rasa marah itu satu fitrah. Namun, apabila kemarahan tidak ditangani dengan baik, ia boleh meletup dan meledak menyebabkan timbulnya pelbagai masalah.

Bukti saintifik menunjukkan sikap panas baran yang kronik mampu mempengaruhi kualiti tubuh dan kecerdasan otak. Kajian juga mendapati bahawa marah bukan sahaja boleh menjejaskan kesihatan, malah menjadi salah satu daripada tujuh emosi yang berisiko membawa maut.

Dr. Charles Spielberger, ahli psikologi dari University of South Florida, memberitahu bahawa apabila seseorang hilang sabar, fungsi tubuh secara keseluruhannya akan terganggu. Mulai dengan meningkatnya kadar denyutan jantung, tekanan darah menaik dan aliran darah ke otot di pam dengan laju.

Apabila tubuh kerap terdedah kepada respons ‘kecemasan’, seseorang itu berisiko untuk mendapat serangan jantung dan strok. Pada masa yang sama, sistem kekebalan tubuh akan turut melemah.

Rasa marah berisiko untuk mendapat serangan jantung dan stroke.

Profesor Julian Halcox, pakar kardiologi dari Cardiff University pernah melaporkan bukti bahawa orang yang selalu marah sehingga menimbulkan permusuhan berisiko untuk mengalami Fibrilasi atrium, yang bermaksud gangguan atau kelainan denyutan jantung yang dipengaruhi oleh signal listrik. Apabila atrium tidak dapat mengepam dengan cekap, risiko pembentukan gumpalan darah akan meningkat seterusnya menyebabkan strok.

Kajian para saintis dari Harvard University, Amerika Syarikat, juga mendapati emosi negatif seperti marah sebenarnya tidak baik untuk kesihatan paru-paru. Dapatan itu diperoleh selepas penelitian ke atas 670 orang lelaki menggunakan Cook-Medley Hostility Scale, sebuah sistem pemarkahan yang digunakan oleh pakar kesihatan mental untuk mengatasi tahap kemarahan. Selepas penilaian dibuat didapati rata-rata mereka yang selalu marah memiliki kapasiti paru-paru yang teruk dan mudah mengalami masalah pernafasan.

Selain itu, terdapat bukti lain menunjukkan kemarahan juga boleh menindas sistem antibodi utama, dipanggil Immunoglobulin A. Hal ini diakui oleh Profesor John Oxford, seorang ahli virologi dari Queen Mary’s School of Medicine di London. Menurutnya, sikap panas hati sebenarnya boleh melambatkan mekanisme pemulihan tubuh dan keadaan itu akan mengganggu sistem pertahanan badan daripada jangkitan kuman.

Lama dahulu, Nabi Muhammad s.a.w. pernah berpesan kepada umatnya agar tidak dikuasai dengan sifat marah. Dalam hadis sahih dari Abu Hurairah r.a. bahawa ada seorang lelaki telah berkata kepada Nabi Muhammad: “Nasihatilah aku”. Lalu baginda bersabda: “Jangan marah”. Orang itu mengulangi lagi beberapa kali meminta supaya dirinya dinasihati, namun baginda tetap bersabda: “Jangan marah.” (Riwayat al-Bukhari)

Sifat marah juga merupakan salah satu emosi primer manusia. Ia lazimnya diekspresikan dalam bentuk perkataan, tindakan dan bahasa tubuh. Kemudian, diluahkan dengan perkataan kurang baik, kasar, bertindak secara melulu dan menzahirkan bahasa badan yang tidak baik.

Walaupun marah satu fitrah, namun ia tidak bermaksud bahawa kita bebas meluahkannya berdasarkan kepuasan kendiri. Atas sebab itu, mengawal kemarahan merupakan satu kemuliaan. Bahkan disifatkan oleh Nabi Muhammad sebagai satu kekuatan yang agung.

Hal ini jelas dinyatakan dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi bersabda: “Bukanlah orang yang paling kuat itu orang yang menang (paling kuat dalam) bergusti, tetapi orang yang paling kuat ialah orang yang memiliki dirinya ketika sedang marah.” (Riwayat al-Bukhari)

Orang yang mampu mengawal kemarahan ialah individu yang berjaya memberikan pentafsiran terbaik terhadap setiap situasi dalam kehidupannya. Dalam hal ini, kita harus mencontohi keperibadian Nabi Muhammad. Baginda sepatutnya orang yang paling banyak tertekan kerana tugas dan peranan baginda sangat berat untuk dipikul. Namun begitu, baginda menghadapinya dengan tenang.

______

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

FacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShare


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kecoh dakwaan Kuil Ular jadi tempat memohon hajat orang Islam, Malar dedah cerita sebenar

Isu berkaitan sebuah rumah ibadat yang dikenali sebagai Kuil Ular kembali menjadi perbualan di media sosial. Sebelum ini, Mastika mendapat...

More Articles Like This