SEORANG lelaki warga asing ditahan selepas dipercayai mencabul seorang remaja lelaki berusia 15 tahun di dalam tandas sebuah pusat beli-belah dekat Cheras, semalam.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian daripada remaja Melayu itu pada pukul 2 petang.
Beliau berkata, kejadian berlaku ketika mangsa sedang mengikat kasut, suspek telah memeluknya dari arah belakang dan telah meraba badan selain memegang punggung serta mencium pipinya.
“Mangsa terus bertindak keluar dari tandas, tetapi suspek mengikut dari arah belakang lalu memegang kemaluan pengadu.
“Dia kemudian berlari ke arah ibu sebelum suspek bertindak melarikan diri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, bertindak atas maklumat, polis berjaya menahan suspek yang bekerja sebagai pekerja pembersihan berusia 37 tahun dan kini direman selama lima hari bermula hari ini sehingga Jumaat.
Kes disiasat dibawah Seksyen 14(a) Akta 792, Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Zam Halim berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

