Tiga jabatan PDRM buru suspek hantar ‘duit mayat’ pada KP P Pinang

Dari Penulis

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) menggerakkan tiga jabatannya memburu dalang yang membuat ugutan jenayah terhadap ketua polis Pulau Pinang selain mahu membakar kedai dan balai polis jika terus agresif memerangi sindiket pemberi pinjam wang tanpa lesen di negeri itu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, operasi mengesan dalang itu melibatkan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), JSJ Komersial dan JSJ Narkotik.

Menurutnya, pihaknya memandang serius perkara itu dengan siasatan diketuai Bahagian Siasatan Jenayah IPD Timur Laut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menakutkan secara jenayah melalui suatu komunikasi tanpa nama.

“Polis tidak berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak cuba mengugut dan mengancam pegawai polis dalam menjalankan tugas memerangi kegiatan haram dan jenayah di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, Acryl Sani berkata, pihaknya menerima satu laporan berhubung ancaman itu yang terkandung dalam surat layang dialamatkan kepada ketua polis negeri di IPK Pulau Pulang pada 1 Jun lalu.

Katanya, pemeriksaan awal terhadap sampul surat dikirim mendapati terdapat enam keping replika wang kertas ‘duit mayat’ dan sekeping nota berbentuk amaran agar pihak IPK Pulau Pinang menghentikan tindakan agresif memerangi sindiket pemberi pinjam wang tanpa lesen di negeri terbabit.

“Selain itu, turut dinyatakan melalui surat layang tersebut nota berunsur ugutan jenayah terhadap ketua polis Pulau Pinang dan akan membakar kedai serta balai polis sekiranya amaran berkenaan tidak diendahkan,” tambahnya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Iran hargai pendirian konsisten Malaysia sokong perjuangan umat Islam

IRAN menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Malaysia atas pendirian yang konsisten dalam menyuarakan sokongan terhadap perjuangan umat Islam. Penghargaan itu dinyatakan...

More Articles Like This