SEORANG kanak-kanak lelaki terpaksa menanggung kesakitan selama 20 minit selepas tercucuk besi pagar di punggungnya dalam kejadian di Taman Seri, Sungai Besar, petang tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Wan Razali Wan Ismail berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian pada pukul 6.25 petang.
Beliau berkata, sepasukan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Besar dikerahkan ke lokasi kejadian.
“Bomba tiba 13 minit kemudian dan mendapati seorang kanak-kanak berusia 12 tahun telah tercucuk besi di punggung sedalam 15 sentimeter,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, mangsa telah diangkat ke dalam ambulans dan dihantar ke Hospital Sabak Bernam bagi rawatan lanjut.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

