Tangkap layar memaparkan sebuah kereta menggunakan lampu beacon biru seakan-akan pasukan polis.

POLIS mengesahkan tiga lelaki menaiki kereta cuba menahan sebuah kenderaan di Kilometer 41.5, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) awal pagi tadi bukan anggota unit beruniform itu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Yusof Othman berkata, siasatan mendapati kejadian berlaku bersebelahan susur keluar Plaza Tol Sedenak, Kulai.

Katanya, satu laporan telah dibuat oleh seorang anggota polis selepas terkesan video tular itu di laman Facebook pukul 1.52 petang.

“Mangsa dalam perjalanan dari Singapura ke Genting Highland menggunakan lebuhraya PLUS menghala ke utara telah dikejar tiga lelaki yang memakai pelitup muka dan menggunakan lampu beacon biru seakan-akan pasukan polis.

“Suspek cuba menahan mangsa dengan membuat isyarat tangan agar mangsa memberhentikan kenderaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, sehingga kini mangsa masih belum hadir ke balai polis bagi membuat laporan.

Polis juga masih mengesan pemilik kenderaan yang terlibat bagi membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 170 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohammad Azri di talian 010-7647789.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegra