Biblioholism | ‘Kegilaan’ terhadap buku sehingga mereka sanggup memakannya

Dari Penulis

Kecanduan atau ketagihan bukan hanya dikaitkan dengan minuman keras atau narkotik, namun juga dalam dunia buku. Kecanduan terhadap buku bermakna mempunyai tabiat luar biasa untuk membeli, membaca, menyimpan dan mengagumi buku yang cenderung berlebihan yang disebut sebagai biblioholism, manakala orangnya disebut sebagai biblioholik (seperti alkoholik untuk pencandu alkohol dan workaholic untuk pencandu kerja).

Tom Raabe menulis dalam bukunya berjudul Biblioholism: The Literary AJdiction (1991), menjelaskan ada dua jenis biblioholism iaitu bibliomania (gila buku) dan bibliofil (cinta buku). Kedua-duanya mempunyai sifat ‘luar biasa’ terhadap buku. Yang membezakan kedua-duanya adalah motivasi.

Seorang bibliomania membeli buku hanya untuk mengumpulkannya, sedang bibliofil mengharapkan mendapat pengajaran dari kebijakan isi-isi buku tersebut. Lihat saja Boulard, pakar perundangan Perancis yang hidup pada abad ke-18. Ia begitu bernafsu membeli buku sehingga rumahnya tidak cukup ruang untuk menyimpan buku-buku, bahkan beliau membeli enam buah lagi rumah untuk tujuan tersebut.

Setelah meninggal dunia, Boulard telah memiliki antara 600,000 hingga 800,000 jidil buku. Cuma masalah Boulard, dia tidak membaca buku yang dibelinya, namun dia berbangga menyimpan buku daripada menyimpan barang-barang yang tidak berfaedah.

Boulard berkata, buku-buku yang disimpannya menggambarkan perjalanan hidupnya, minatnya bahkan orang mengenali sifat dan wataknya melalui buku-buku yang tersedia di rumahnya.

Sementara seorang bibliofil yang lebih waras, mereka banyak membaca dan membeli buku. Misalnya Richard Heber, seorang lelaki Inggeris yang hidup pada abad ke-19. Sama seperti dengan Boulard, koleksinya berjumlah antara 200,000 hingga 300,000 yang memaksanya memiliki lapan buah rumah, dua di London dan enam lainnya tersebar di England dan Eropah bagi menyimpan koleksi bukunya itu. Cuma bezanya dengan Boulard, Heber selalu membaca buku sehingga ke akhir hayatnya.

Untuk menjadi bibliofil dan tidak terperosok ke dalam jurang bibliomania, berapa peratus buku yang kita miliki yang harus kita baca? 90 peratus? 50 peratus? Atau hanya 20 peratus? Jawapannya menurut Tom Raabe, berbeza setiap orang, dan hanya orang itulah yang tahu apakah ia gilakan buku atau cintakan buku.

Menurut Tom Raabe, berwaspadalah terhadap beberapa penyakit jiwa aneh yang berkaitan buku. Kerana terlalu ingin menyimpan buku seaman-amannya, maka penderita penyakit ‘bibliotaf’ (bibliotaph) akan menguburkan buku-bukunya kerana percaya bahawa masa depan manusia akan selamat jika buku karyanya selamat dari ‘persekongkolan’ penguasa dunia pada saat itu.

Demikianlah yang terjadi pada John Stewart, yang meminta dikuburkan buku-bukunya bersama dirinya apabila meninggal kelak. Stewart juga pernah menasihati para peminat buku dengan kata-kata ‘tempatkan buku dalam kotak anti lembab, kuburkan sedalam tiga meter, dan rahsiakan tempatnya kecuali kepada orang kepercayaanmu’.

Namun begitu, jangan pula menjadi seperti penderita ‘bibiliokas’ (bibliocast) yang keinginannya hanya menghancurkan buku. Contohnya jika pergi ke kedai buku, perpustakaan atau meminjam buku teman, lalu ada halaman yang menarik sama ada isinya atau gambarnya, orang itu akan mengoyakkan halaman tersebut untuk disimpan. Jika berlaku demikian, anda adalah seorang bibliokas, yakni penghancur buku. Sebenarnya, ramai juga yag pernah melakukan sedemikian, bukan?

Dalam sejarah, orang terkenal juga mempunyai kecenderungan bibliokas. Misalnya Mary Shelley, pengarang buku Frankenstein yang terkenal itu, sering mengoyak halaman kosong di awal atau akhir buku dan membuat kapal kertas darinya.

Charles Darwin pula membelah buku tebal menjadi dua agar mudah baginya untuk membawa ke mana-mana saja. Dan tentu saja bibliokas yang parah biasanya pemerintah yang terlalu percaya kepada kekuatan buku, dan memerintahkan membakar buku-buku yang tidak disukainya atau yang mencabar pemerintahannya.

Yang lebih aneh lagi adalah bibliofagi (bibliophagi) yakni penderita yang memakan buku. Sebahagian orang pernah melakukannya, membakar buku pelajaran, abunya dicampur pada minuman seperti kopi lalu diminum dengan harapan isi buku itu menghujam terus ke otak.

Sejarah juga pernah bercerita tentang seorang penulis dari Scandinavia yang cuba mengelak hukum pancung, telah berpura-pura gila dengan memakan bukunya setelah direbus dalam air daging.

Lebih malang lagi adalah Isac Volmer yang juga harus makan bukunya tanpa dimasak terlebih dahulu atau Theodore Rinking, yang hidup pada abad ke-17 menerima tawaran memakan buku kontroversionalnya dan untuk itu, dia memesan sos tomato khusus untuk tujuan tersebut, agar dia dibebaskan dari penjara.

Yang terakhir dan paling banyak penderitanya adalah biblionarsisis (biblionarcissist). Dalam dongeng Yunani kuno, Narcissus adalah seorang pemuda yang amat tampan, sampai dia jatuh cinta pada ketampanan dirinya sendiri yang ia lihat terpantul dari sebuah kolam.

Terus menerus di pinggir kolam, dia tidak makan dan minum dan akhirnya mati lalu berubah menjadi bunga Narsisis. Nah, biblionarsisis suka mengoleksi buku ensiklopedia yang lengkap dengan almari khusus buatnya, dan itu hanya dilakukan untuk berlagak dan bermegah-megah.

Yang jelasnya biblioholism adalah kecanduan yang sebaik-baiknya. Kecanduan bagi Lord Thomas Babington Macaulay ialah beliau suka membaca buku sambil berjalan kaki tanpa mempedulikan pejalan kaki yang ramai di kota London. Macaulay mampu berjalan secepat orang lain dan membaca lebih cepat berbanding orang lain.

Kecanduan bagi Thomas Hearne pula ialah kebiasaannya membaca sambil berjalan di waktu petang. Kerana itu beberapa kali tatkala terjaga dari keasyikan membaca apabila gelap mulai turun, Hearne baru menyedari bahawa dia telah tersesat jalan.

Namun begitu, sekali lagi biblioholism tidak pernah menyesatkan orang kerana seorang pencandu buku akan terus hidup bersama buku-bukunya sama ada dia gila buku (bibliomania) atau cinta buku (bibliofil).

Harus diingat pesanan Boulard bahawa menyimpan buku lebih baik daripada menyimpan barang-barang lain. Jadi, anda sebagai pembaca termasuk golongan kelompok yang mana?

_______________

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

FacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShare


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kecoh dakwaan Kuil Ular jadi tempat memohon hajat orang Islam, Malar dedah cerita sebenar

Isu berkaitan sebuah rumah ibadat yang dikenali sebagai Kuil Ular kembali menjadi perbualan di media sosial. Sebelum ini, Mastika mendapat...

More Articles Like This