Bapa, anak ditemui maut dalam Tasik Metropolitan Kepong

Dari Penulis

DUA beranak ditemui mati lemas di Tasik Metropolitan Kepong, Kuala Lumpur, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, mayat lelaki berusia 72 tahun ditemui tenggelam di dasar tasik pada kedalaman dua meter.

“Sementara mayat anak perempuannya berusia 30 tahun yang mempunayi sindrom lemah pembelajaran ditemui terapung di atas permukaan air,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, kedua-duanya mangsa meninggal dunia dalam tempoh kurang dari sejam.

“Siasatan di tempat kejadian telah menemui dokumen pengenalan diri mangsa dan tiada unsur jenayah,” katanya.

Jelasnya, saksi kejadian mengatakan seorang lelaki dilihat sedang mengheret mayat wanita yang telah lemas ke dalam tasik.

“Saksi cuba memberikan bantuan dengan memujuk mangsa naik tetapi tidak dipedulikan,” ujarnya.

Kedua-dua mayat telah dirujuk ke Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Sementara itu, jurucakap Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur berkata, sepasukan 14 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jinjang dan Hang Tuah dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Komander Operasi Mohamad Hasbullah Naimi Mahmod tiba di lokasi dan mendapati seorang wanita berbangsa Cina ditemui terapung.

“Sementara warga emas lelaki telah tenggelam dan ditemui oleh anggota unit Pasukan Penyelamat di Air (PPDA),” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Empat direman dera pembantu rumah di Johor

DUA pasangan suami isteri ditahan polis selepas dipercayai terbabit dalam insiden memukul tiga pembantu rumah warga Indonesia yang rakaman...

More Articles Like This