PAS Kedah menegaskan bahawa mempertahankan naratif sejarah Pulau Pinang adalah milik Kedah bukan suatu perlakuan jenayah.
Bahkan tidak ada merit untuk mengklasifikannya sebagai suatu bentuk hasutan yang termaktub di bawah Akta Hasutan.
Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Ahmad Yahaya berkata, parti itu juga menyatakan sokongan penuh terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.
Jelasnya, pemilikan Pulau Pinang oleh Kedah adalah fakta sejarah tidak boleh diputar belitkan malah mempunyai sokongan kajian yang kukuh.
“Perdana Menteri tidak harus secara berterusan mempolitikkan isu ini. Kecaman dan tekanan yang dihamburkan terhadap Kedah bertitik tolak daripada dendam kekalahan besar PH dalam PRU-15.
“Kerajaan negeri Kedah telah berulang kali menuntut hak pajakan Pulau Pinang, penyelesaian isu caj air mentah serta kelulusan projek Kedah Aerotropolis.
“Malangnya kesemua ini sengaja didiamkan serta dilengahkan tidak sebagaimana pantasnya Perdana Menteri tersinggung dengan isu pemilikan Pulau Pinang,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Baca artikel lain: ‘Saya tak boleh dipertanggungjawabkan atas kehilangan 43 barang kemas’ – Rosmah
Ahmad menambah, PAS Kedah turut berpegang kepada pendirian bahawa isu ini tidak harus disamakan dengan tuntutan Kesultanan Sulu ke atas Sabah mahupun hubungan Siam dengan Kedah.
Ujarnya, isu Pulau Pinang milik Kedah yang dibangkitkan pada hari ini tidak melibatkan kedaulatan sempadan negara.
“Oleh itu, PAS Kedah yakin bahawa membahaskan fakta sejarah bukan suatu kesalahan jenayah. Hakikatnya, sememangnya terdapat usaha membunuh karakter seorang yang bernama Sanusi.
“Mereka lebih berminat menjatuhkan MB Kedah berbanding berbahas soal sejarah,” katanya lagi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

