Kes bunuh Klang: Rider diberkas polis dekat Shah Alam

Dari Penulis

SEORANG lelaki yang dikehendaki polis membabitkan kes bunuh di Taman Sentosa Utama, Klang berjaya diberkas malam tadi.

Lelaki yang dikenali sebagai Rider itu ditahan di Jalan Abadi Seksyen 25, Shah Alam, 9.50 malam.

Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, suspek B. Perkas Rao berusia 41 tahun ditahan sendiri oleh Ketua Polis Balai Sri muda.

“Suspek kini direman selama tujuh hari sehingga Rabu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, UtusanTV melaporkan suspek diburu polis selepas dipercayai terlibat dalam kes bunuh seorang lelaki pada 26 Mei lalu.

Mangsa seorang lelaki tempatan berusia 34 tahun mengalami 27 kesan kecederaan pada seluruh badan dan patah tulang kiri.

Malah, pakar forensik mengesahkan punca kematian disebabkan kecederaan tisu lembut yang teruk akibat trauma tumpul.

Semakan mendapati suspek mempunyai empat rekod lampau dalam jenayah dan dua rekod dadah.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kanak-kanak maut selepas terjatuh ketika mandi di kediamannya

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh ketika mandi di bilik air kediamannya di Taman...

More Articles Like This