Minggu Malaysia Madani bermula di Ho Chi Minh City

Dari Penulis

MINGGU Malaysia Madani bermula hari ini hingga 18 Jun di Ho Chi Minh City bagi meraikan ulang tahun ke-50 jalinan hubungan dua hala antara Malaysia dan Vietnam.

Acara itu anjuran bersama Konsulat Jeneral Malaysia bersama agensi Tourism Malaysia Vietnam, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) serta Malaysia Business Chamber Vietnam (MBC) dan Pusat Promosi Pelaburan dan Perdagangan.

Konsul Jeneral Malaysia Wong Chia Chiann berkata minggu itu akan menggabungkan pelbagai acara termasuk Pavilion Malaysia Madani, Pameran Pendidikan Malaysia dan Program Promosi Makanan dan Kebudayaan, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).

Baca artikel lain: Sengketa antara parti Kerajaan Perpaduan telah dinoktahkan – Loke

Beliau berkata Pavilion Malaysia Madani, sebuah pameran dan program padanan perniagaan, dijangka menarik kira-kira 30 perniagaan Malaysia dalam sektor pelaburan perdagangan, pelancongan dan pendidikan.

Program promosi makanan dan kebudayaan turut akan diadakan di beberapa buah hotel terkemuka.

Pengunjung festival berpeluang menyertai program pendidikan di Pusat Hal Ehwal Luar Negeri dan Latihan Bahasa, rangkaian perniagaan dengan Pusat Promosi Pelaburan dan Perdagangan HCM City serta program pertukaran budaya dengan kerjasama Persatuan Persahabatan Vietnam-ASEAN.

Sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Vietnam-Malaysia akan diadakan di Opera House di Daerah 1 pada 13 Jun dan di wilayah Dong Nai pada 15 Jun.

— BERNAMA-VNA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Sultan Selangor hargai kesinambungan pentadbiran jayakan LRT3

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegaskan kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam adalah hasil kesinambungan perancangan serta...

More Articles Like This