Parti komponen BN akan berusaha kukuhkan Kerajaan Perpaduan

Dari Penulis

PARTI komponen Barisan Nasional (BN) akan berusaha menstabilkan politik negara melalui sokongan dan usaha memperkukuhkan Kerajaan Perpaduan.

Presiden MIC, Tan Sri S A Vigneswaran berkata, sebarang usaha menggugat kerajaan sedia ada akan menjejaskan negara sekali gus memberi kesan negatif kepada rakyat.

“Tiada tolak ansur dalam usaha kita untuk memperkukuh Kerajaan Perpaduan. Walau apa juga keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) kelak, saya pasti kerajaan ini tidak akan tergugat,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas perasmian pembukaan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di sini, hari ini.

Vigneswaran diminta mengulas ucapan dasar Presiden UMNO, yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mengenai gabungan 19 parti dalam Kerajaan Perpaduan, yang harus dilihat sebagai satu kekuatan, walaupun rencamnya lebih rumit.

Sementara itu, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, ucapan Ahmad Zahid jelas mahukan semua parti
meletakkan negara sebagai keutamaan dan menjadikan rakyat majmuk sebagai agenda penting.

Baca artikel lain: Minggu Malaysia Madani bermula di Ho Chi Minh City

“Beliau menyebut mengenai haluan BN dan UMNO, lebih kepada kesederhanaan. Saya rasa ini adalah asas perjuangan penting yang sangat pragmatik dalam kemajmukan masyarakat Malaysia.

“Selain itu, kita juga perlu rapatkan saf untuk mendapatkan sokongan rakyat, dengan cabaran amat besar. Kita perlu sahut seruan ini untuk kembali menjadi lebih kuat,” katanya.

Ditanya mengenai kehadiran pemimpin Pakatan Harapan (PH) pada pembukaan PAU kali ini, Ka Siong berkata, ia sama saja seperti PAU sebelum ini.

“Kita tetap berada dalam BN, seperti tradisi kita. Dalam keadaan politik sekarang, pihak penganjur melakukan sedikit pengubahsuaian (dengan menjemput parti komponen Kerajaan Perpaduan) dan bagi saya, sama saja,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Ribut rosakkan beberapa rumah di Taman Mewah, Shafwan ambil inisiatif segera hulur bantuan

BEBERAPA rumah di Jalan Selendang 13, Taman Mewah, Bukit Permai, mengalami kerosakan selepas kawasan itu dilanda ribut. Calon Pakatan Harapan...

More Articles Like This