SSPA bawa semangat reformasi jayakan agenda Malaysia Madani

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

PENGENALAN Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan mengandungi semangat reformasi bagi menjayakan agenda Malaysia Madani.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia sesuatu yang sangat dinanti-nantikan dan diharapkan SSPA mampu mempertingkatkan prestasi kerja penjawat awam.

“Kementerian Komunikasi menyambut baik pengumuman YAB Perdana Menteri berhubung SSPA yang akan berkuat kuasa 1 Disember 2024.

“Semoga dengan peningkatan gaji yang diberikan, perkhidmatan kepada rakyat juga terus dipertingkat,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Hari ini, Anwar berkata, kerajaan bersetuju Skim Saraan Malaysia (SSM) digantikan dengan SSPA berkuat kuasa 1 Disember ini, sebagai tanda keprihatinan kepada penjawat awam.

Baca artikel lain: Tular bawa kerambit atas padang, pemain bola sepak dijel 14 hari

Perdana Menteri berkata pelaksanaan SSPA berdasarkan tiga inti pati reformasi termasuk untuk meningkatkan kadar produktiviti dan kecekapan perkhidmatan awam.

“Kedua adalah untuk meningkatkan kesediaan penjawat awam dalam melaksanakan perubahan dan ketiga adalah untuk meningkatkan daya saing negara,” katanya.

Beliau berkata SSPA mengandungi roh dan semangat Reformasi Perkhidmatan Awam yang dikehendaki bagi menjayakan agenda Malaysia Madani.

Katanya, pelaksanaan SSPA adalah satu keputusan adil kepada penjawat awam, bukan untuk menarik minat dan sokongan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Malaysia ucap tahniah kepada parti pemerintah China sempena ulang tahun penubuhan ke-105

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mewakili kerajaan dan rakyat Malaysia mengucapkan tahniah kepada parti pemerintah China sempena ulang...

More Articles Like This