40 pekerja kilang cemas selepas bas rempuh tiga kenderaan dekat KESAS

Dari Penulis

SERAMAI 40 pekerja kilang berdepan detik cemas apabila bas kilang yang dinaiki merempuh tiga kenderaan dalam kemalangan di susur keluar Lebuhraya Shah Alam (KESAS) menghala ke Telok Gong, pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Wan Razali Wan Ismail berkata, sepasukan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang dikerahkan ke lokasi kejadian.

Beliau berkata, kemalangan terbabit menyebabkan pemandu bas berusia 48 tahun tersepit di tempat duduk pemandu dan patah paha kanan.

“Bomba berjaya mengeluarkan mangsa pada pukul 8.25 pagi tadi,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelasnya, terdapat sembilan lagi mangsa pekerja warga asing cedera ringan manakala pemandu bagi tiga kenderaan lain pula tidak mengalami kecederaan.

Kesemua mangsa dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah bagi menerima rawatan lanjut.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kanak-kanak maut selepas terjatuh ketika mandi di kediamannya

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh ketika mandi di bilik air kediamannya di Taman...

More Articles Like This