Golf TSM kembali: 48 remaja lelaki, 33 remaja bersaing di KLGCC

Dari Penulis

CABARAN Golf Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSM) kembali lagi untuk edisi ke-13, kali ini menampilkan saingan sengit 48 remaja lelaki dan 33 remaja perempuan.

Kejohanan yang dijadualkan berlangsung pada 19-22 Jun ini di Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC), East Course di Kuala Lumpur akan menyaksikan sedikit kelainan apabila hadiah kategori perempuan dinaikkan setaraf dengan hadiah kategori lelaki.

Menurut kenyataan sekretariat selain trofi, juara kedua-dua kategori masing-masing juga akan menerima biasiswa Tan Sri Muhyiddin Yassin Charity Golf (TSMCG) bernilai RM30,000, ke arah meningkatkan lagi kemahiran mereka dalam sukan golf.

“Terdapat dua kategori untuk kejohanan ini iaitu Lelaki (Bawah 21) – kategori MGA WHS Handicap Index 8.3 dan ke bawah, dan Perempuan (Bawah 21) – kategori MGA WHS Handicap Index 10.3 dan ke bawah, dengan bentuk permainan ‘Stroke Play’,” menurut kenyataan itu.

Kejohanan amatur yang dibiayai sepenuhnya oleh Yayasan Golf Amal TSM ini bukan sahaja memberi peluang kepada pemain-pemain muda mempamerkan kemahiran mereka, tetapi ia juga boleh diklasifikasikan sebagai laluan terbaik untuk mereka mengejar impian menjadi seorang pemain golf profesional yang berjaya.

BERITA BERKAITAN Pemain Australia, Josiah Edwards mendahului di hari kedua Kejohanan Golf Remaja Saujana-100PLUS

Kejohanan dijangka sengit seperti biasa namun cabaran tahun ini membawa fokus baharu terhadap keselamatan dan keselesaan para pemain-pemain muda ini.

Bagi memastikan keselamatan pemain-pemain yang bertanding dan pegawaipegawai yang terlibat dalam menghadapi suhu cuaca panas yang tinggi, penganjur akan mengambil langkah-langkah tambahan untuk memastikan para pemain bersedia dan selesa sepanjang kejohanan.

Khususnya, pengunaan “caddy” akan diberi fleksibiliti tambahan ketika para pemain melalui saingan yang menuntut fokus, sementara lebih banyak stesen air akan disediakan di lokasi strategik untuk memberi kesan stamina dan keselesaan yang sangat diperlukan ketika pusingan berlangsung.

Dengan langkah-langkah ini, Edisi ke-13 TSM Golf Challenge 2023 ini akan menjadi saingan yang adil dan menarik yang mempersembahkan bakat pemain golf muda terbaik di negara ini.

TSM Golf Challenge sejak kejohanan sulungnya, telah menjadi arena bagi golfer muda amatur untuk bersaing dalam ranking dan berpeluang menjelajahi panggung antarabangsa.

Malaysia telah melahirkan beberapa pemain golf yang berjaya yang memulakan kerjaya mereka sebagai pemain amatur muda. Antara mereka adalah Kelly Tan, Galven and Gavin Kyle Green, Ainil Johani Bakar, Nur Duriah Damian, Wafiyuddin Manaf, Ashley Lau, Ng Jing Xuen, Anson Yeoh and Malcom Ting.

Pemain-pemain golf ini telah berjaya dalam pertandingan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa, memenangi beberapa kejohanan dan mewakili Malaysia dalam pelbagai acara.

Dengan sokongan program latihan yang sesuai, serta mendapat bimbingan yang betul bersertakan dedikasi yang kental, pelapis-pelapis muda ini akan dapat mencapai impian mereka dan menjadi pemain golf profesional yang berjaya.

TSM Charity Golf, Tunas Bestari Golf Akademi dan Persatuan Golf Malaysia sentiasa bekerjasama dalam pencarian bakat-bakat baru sehinggalah mereka mencapai ketahap yang lebih tinggi dalam sukan golf.

Setiap tahun, TSM Golf Challenge terus menarik pemain-pemain muda berbakat dari seluruh negara, yang datang untuk bersaing dan menguji kebolehan mereka satu sama lain.

Secara keseluruhannya, TSM Golf Challenge memainkan peranan penting dalam membangunkan generasi seterusnya pemain golf dan mempromosikan pertumbuhan sukan di seluruh dunia.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Isu pemain naturalisasi: FAM sedang perkukuh aspek tadbir urus

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) sedang memperkukuh aspek tadbir urus, bertujuan untuk meningkatkan lagi tahap integriti dan kredibiliti bola sepak...

More Articles Like This