Fasha Sandha segan netizen mula tanya tips kurus, penggayaan imej

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PELAKON Fasha Sandha mengakui sering ditanya mengenai tips kurus dan penggayaan imej sejak akhir-akhir ini.

Fasha berkata, dia berasa agak segan dengan pertanyaan tips kerana menganggap dirinya hanya bergaya sederhana sahaja.

“Tak tahulah orang nak bergaya macam Fasha atau tidak, tetapi saya bergaya ikut keselesaan seperti jeans dan kemeja-T.

“Melainkan jika bekerja, mestilah saya perlu bersiap. Jadi bila orang mesej langsung (DM) saya di media sosial dan tanya tentang tips fesyen dan sebagainya, rasa segan pula,” katanya.

Tambah Fasha, dia menyedari akaun Instagramnya semakin dipenuhi DM sejak menjadi duta kepada jenama pakaian Al Faro.

Fasha menyifatkan pakaian jenama terbabit yang sangat bergaya dan ‘mesra poket’ pengguna membuatkan ramai yang memberi perhatian kepadanya.

“Saya tak sangka diri ini yang serba sederhana memberi impak yang besar buat wanita di luar sana.

“Mereka DM saya dan bertanyakan tentang baju yang saya gayakan dalam ‘posting’ Instagram kerana ia dilihat sangat selesa tetapi pada masa sama bergaya. Yang penting jenama Al Faro jenama mampu milik.

“Apa-apa pun saya nak pesan janganlah meletakkan kehebatan seseorang itu pada saiz badannya. Apabila saya dalam keadaan berisi atau kurus, saya sentiasa positif dan tak pernah marahkan diri. Orang saja yang ‘body shaming’ saya ketika berisi dulu,” ujarnya.

Sementara itu, Fasha baru saja menandatangani kontrak sebagai duta Al Faro dan hanya beberapa bulan saja, nama Al Faro terus meningkat naik dan secara tidak langsung jenama tersebut dipilih sebagai pemenang Asia Pacific Enterprise Awards 2023 dalam kategori Fast Enterprise Award.

Menurut Pengarah Pemasarannya, Muhammad Irfan, kehadiran aktres Fasha Sandha sebagai duta memberi lebih impak dalam perniagaan mereka.

“Fasha Sandha seorang aktres yang memberi pengaruh sangat besar kepada masyarakat tempatan dan secara tidak langsung  jenama Al Faro pantas diperkenalkan dengan lebih meluas.

“Ini adalah jalinan pertama kami tetapi Fasha sudah memberi impak yang kuat terhadap jenama Al Faro.

“Saya berbesar hati Fasha menjadi sebahagian keluarga kami dan kami percaya tidak semua selebriti yang dilantik sebagai duta sesebuah produk bersungguh-sungguh mempromosikan jenama yang diwakili kepada umum seperti yang dilakukan Fasha,” ujarnya.

Selain boleh dibeli secara dalam talian menerusi laman web www.alfaro.com.my, koleksi baju Al Faro juga boleh didapati di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Plaza City One Kuala Lumpur, Lotus’s Station, Ipoh, Perak dan Mydin Mall, Meru, Perak.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Fajar Noor buka lembaran baharu, Sementara, Selamanya jadi manifestasi kematangan emosi

SETELAH sekian lama dinanti, penyanyi yang sinonim dengan naskhah muzik yang menyentuh jiwa, Fajar Noor akhirnya kembali mengubat rindu...

More Articles Like This