Dari klasik ke trendy, Fasha Sandha bawa nafas baharu Dunia Herbs

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

Dunia Herbs terus mengukuhkan jenamanya dalam industri penjagaan diri apabila melancarkan produk terbaharu, losyen Mustajab Mini Sauna dengan pilihan wangian eksklusif, sekali gus memperkenalkan pelakon popular Fasha Sandha sebagai duta rasmi baharu mereka.

Pengarahnya, Wan Noramira Wan Rosdi, berkata, pemilihan Fasha dibuat berdasarkan personaliti aktres itu yang positif, konsisten serta selari dengan identiti dan nilai yang dibawa oleh jenamanya sejak sekian lama.

Menurut Noramira, Fasha bukan sahaja dikenali sebagai pelakon tersohor tanah air, malah lakonannya sentiasa mendapat pujian dan sambutan daripada pelbagai lapisan penonton, sekali gus mencerminkan kesungguhan serta komitmennya dalam setiap perkara yang dilakukan.

“Saya melihat Fasha dan Dunia Herbs mempunyai keserasian serta kerjasama yang sangat baik. 

“Secara kebetulan, kami berkongsi nilai yang sama iaitu konsisten dan kekal relevan dalam bidang masing-masing,” katanya kepada URTV.

Ujar Noramira, pelantikan Fasha diyakini mampu melonjakkan lagi jualan losyen Mustajab, apatah lagi aktres itu menunjukkan komitmen tinggi.

Malah, dia juga sentiasa memberi idea dan input bernas dalam usaha memperkenalkan kelebihan produk terbaharu itu kepada rakyat Malaysia.

“Kami juga merancang untuk memperluaskan pasaran losyen wangian ini kepada golongan muda yang mencari produk bagi mengatasi masalah seperti lenguh badan atau senggugut, selain mahukan kesegaran tubuh,” ujarnya.

Sementara itu, Fasha mengakui tidak teragak-agak menerima tawaran sebagai duta kerana sudah lama mengenali dan menggunakan produk itu bersama keluarganya.

“Keluarga saya memang pengguna Mustajab. 

“Apabila ditawarkan sebagai duta, saya bertanya sama ada ada formula baharu yang boleh buat Gen Z jatuh cinta. 

“Dari situ tercetus idea losyen dengan pilihan wangian ini,” ulasnya.

Menurut Fasha, produk tersebut bukan sahaja berkesan, malah memberikan keyakinan kepada pengguna kerana harumannya yang menyenangkan.

“Dulu suami menjauh apabila bau minyak terlalu kuat, sekarang makin mendekat sebab wangi,” katanya berseloroh.

Fasha merupakan selebriti yang dilantik untuk bekerjasama dengan Dunia Herbs selepas Kuza, Nora Danish serta peronaliti dari Indonesia iaitu Oki Setiana Dewi.

Losyen Mustajab Mini Sauna hadir dengan empat pilihan wangian iaitu Quince & Tulip, Golden Oud, Blooming Peach dan Amouge, bagi memenuhi keperluan serta cita rasa pelbagai golongan pengguna.

Inovasi tersebut diperkenalkan bagi memastikan produk Mustajab kekal relevan di pasaran, khususnya dalam kalangan generasi muda, tanpa meninggalkan losyen klasik yang telah lama menjadi pilihan pengguna setia.

“Jika sebelum ini tagline kami ialah ‘satu rumah satu losyen Mustajab’, kini kami menyasarkan konsep baharu iaitu setiap bilik dalam rumah ada satu losyen Mustajab kerana setiap wangian mempunyai karakter tersendiri,” jelas Noramira.

Pelancaran ini dijangka membuka lembaran baharu dalam usaha mendekati generasi muda, di samping mengekalkan kepercayaan pengguna setia terhadap jenama tersebut.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

JustMarkets perkukuh kedudukan global, senaraikan saham SpaceX di platform dagang

SEJAJAR dengan perkembangan pesat dan revolusi ekonomi angkasa lepas, firma pembrokeran antarabangsa terkemuka, JustMarkets, melakar sejarah tersendiri apabila mengumumkan...

More Articles Like This