Vokal berubah ikut usia & trend, Rossa hadiahkan 20 buah lagu di konsert

Dari Penulis

PENYANYI terkenal Indonesia, Datuk Seri Rossa berpendapat bahawa perubahan vokal suara itu adalah perkara biasa terutamanya bagi individu yang sudah meningkat usia.

Ujar Rossa atau lebih mesra disapa sebagai Teteh Ocha, dia berharap agar perbezaan suara yang dikatakan itu ke arah yang lebih baik dan bukan sebaliknya.

“Saya tak tahu jika ada yang membandingkan vokal saya sekarang ini dan semasa awal pembabitan dalam industri. Bagi saya, suara sememangnya akan berubah secara natural mengikut peredaran masa.

“Selain itu, saya rasa suara berubah pun mengikuti trend. Mungkin ketika itu, trend menyanyi berbeza dengan trend menyanyi lima tahun kemudian.

“Saya dah menyanyi selama 25 tabun, jadi saya akui vokal saya tak sama seperti dulu. Mudah-mudahan berubah bukan menjadi lebih teruk sebaliknya menjadi lebih baik,” ujarnya kepada URTV.

Konsert dua hari

Rossa atau Sri Rossa Roslaina Handiyani, 44, akan mengadakan konsert Another Journey: The Beginning selama dua hari berturut-turut pada 13 dan 14 Julai di Zepp, Kual Lumpur.

Menurutnya, dia juga meluahkan rasa terharu masih lagi menerima sokongan yang diluar jangkaan daripada para peminat dan akan menyanyikan 20 buah lagu di konsert tersebut.

Tambahnya, dia menyatakan penganjuran konsert itu sungguh istimewa kerana tidak hanya membawa peminat menelusuri perjalanan 25 tahun kerjaya muziknya.

“Album ini merangkumkan pelbagai emosi dan turun naik saya sebagai manusia sepanjang dunia berdepan pandemik Covid-19.

“Di saat album fizikal tidak lagi menjadi pilihan pencinta muzik, namun saya bersyukur sebanyak 300,000 unit sudah terjual dalam masa tiga bulan,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

“Kalaulah suami saya masih hidup”… Laila Nasir sebak terima menantu sulung

Tiada yang lebih menggembirakan pelakon senior Laila Nasir, 55, apabila selamat menerima menantu sulungnya pada 6 Jun Lalu dalam...

More Articles Like This