Perlu dedah nama ahli politik jaga sindiket perjudian – MCW

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

KEMENTERIAN Dalam Negeri (KDN) perlu mendedahkan nama ahli politik atau parti politik yang melindungi pengendali platform perjudian.

Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) dalam kenyataan hari ini menegaskan, pendedahan nama individu yang terlibat dapat membantu menjaga akauntabiliti dan memberikan amaran kepada mereka yang terlibat dengan kegiatan yang melanggar undang-undang. 

Menurut MCW, ia juga boleh memberi keyakinan kepada orang awam bahawa tindakan sedang diambil untuk menangani isu ini dengan serius. 

“Walau bagaimanapun, keputusan untuk dedahkan nama-nama tersebut adalah bergantung kepada undang-undang dan proses yang sedia ada di negara ini.

“Keputusan untuk mendedahkan nama ahli politik atau parti politik yang terlibat dengan perbuatan ini harus diambil oleh pihak berkuasa yang berkaitan. 

“Apabila melibatkan isu-isu politik yang sensitif, terdapat pertimbangan yang perlu dibuat mengenai integriti penyiasatan, kesahihan bukti dan prinsip keadilan. 

“Keputusan ini juga mestilah tidak bertentangan dengan  undang-undang negara dan peraturan pihak berkuasa berkenaan,” jelas kenyataan tersebut.

Baca juga: Wujud naungan politik judi dalam talian

Mengulas lanjut, MCW turut bimbang peningkatan aktiviti perjudian dalam talian menjadi semakin tidak terkawal jika perkara itu tidak ditangani dengan segera.

Jelas MCW, ia juga boleh mengancam integriti institusi dan merosakkan keyakinan rakyat terhadap pihak berkuasa.

“Penting bagi pihak berkuasa untuk mengambil tindakan sewajarnya dengan segera untuk menyiasat dakwaan ini dengan teliti, menjalankan proses undang-undang yang adil dan memastikan keadilan bagi semua pihak yang terlibat,” ujar kenyataan tersebut.

Terdahulu, KDN hari ini mendedahkan kepada Dewan Rakyat bahawa wujud elemen naungan politik kegiatan perjudian dalam talian di negara ini.

Menterinya ,Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan, elemen berkenaan menjadi kekangan terbesar kepada KDN dan Polis Diraja Malaysia (PRDM) serta kerajaan secara keseluruhannya dalam usaha membanteras kegiatan itu.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This