Terima kasih William Lira.. penyerang itu kini tidak lagi bersama KDA FC

Dari Penulis

KEDAH Darul Aman (KDA) KDA FC mengumumkan penyerang utamanya musim ini, Willian Lira Sousa telah mencapai persetujuan bersama untuk berpisah selepas beberapa perbincangan mendalam dijalankan antara kedua-dua pihak.

Menurut KDA FC, kelab bersetuju untuk melepaskan Willain Lira dengan rasa berat hati namun menghormati keputusan beliau untuk membawa haluan berbeza dalam tempoh pertengahan Liga Super ketika nisbah jaringan beliau cukup baik dalam setiap perlawanan.

“Walaupun penampilannya di awal musim menerima pelbagai reaksi kurang senang, namun pemain berasal dari Brazil ini bangkit membuktikan ketajaman dengan membantu Sang Kenari mencipta kemenangan,” kata KDA dalam satu kenyataan di FB miliknya.

Lira merupakan penjaring terbanyak Sang Kenari dalam kancah Liga Super setakat 14 perlawanan dengan lapan gol. Ketahanan fizikal, sentiasa bersedia beraksi dalam setiap perlawanan menterjemahkan sikap professionalnya di dalam dan luar padang.

Penyerang berusia 29 tahun itu sebelum ini tiba dengan reputasi cukup baik, tetapi sukar mendapat rentak ketika di awal musim sehingga diberi kritikan daripada penyokong Hijau Kuning.

Namun, sejak kebelakangan ini, Lira sudah mula mendapatkan rentak dalam arena bola sepak tempatan dengan menjaringkan gol-gol penting buat Sang Kenari.

“Kemana sahaja anda selepas ini, ingatlah anda selamanya Sang Kenari! Terima kasih Willain Lira Sousa!” kata kenyataan itu.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Azeem Fahmi rekodkan 10.09s, catat sejarah rakyat Malaysia pertama ke final NCAA

MUHAMMAD Azeem Fahmi membuktikan dirinya masih lagi pelari pecut terbaik pernah dihasilkan negara apabila mencatat 10.09 saat (s) dalam...

More Articles Like This