Kelantan FC tak layak beraksi dalam Liga Super 2024-2025

Dari Penulis

PASUKAN tercorot musim ini, Kelantan FC tidak layak bertanding dalam saingan Liga Super 2024-2025 selepas gagal memperoleh Lesen Kebangsaan pada tarikh akhir semalam.

Pengerusi badan bebas First Instance Body (FIB) Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif berkata keputusan itu dibuat pada Mesyuarat Pelesenan Kelab Liga Bolasepak Malaysia (MFL) FIB yang diadakan secara dalam talian semalam.

Beliau berkata keputusan itu terpaksa dibuat selepas kegagalan Kelantan untuk melengkapkan dua Kriteria Kewangan di bawah subkriteria F.04 dan subkriteria F.11 sebelum tarikh akhir yang ditetapkan masing-masing pada 30 Nov dan 31 Dis.

Kriteria Kewangan di bawah subkriteria F.04 merujuk kepada No Payables Overdue Towards Employees, LHDN, KWSP, PERKESO & EIS – As At June, manakala sub-kriteria F.11 mengenai No Payables Overdue Towards Employees, LHDN, KWSP, PERKESO & EIS – As At August.

Baca artikel lain: Serangan Israel ke Gaza bunuh 21,822 rakyat Palestin, lebih 56,000 cedera

“Setelah gagal menyelesaikan Langkah Pertama dan Langkah Kedua pada 30 Nov dan 31 Dis 2023, maka Kelantan FC gagal untuk mendapatkan Lesen Kebangsaan bagi saingan Liga Super 2024-2025,” katanya dalam kenyataan MFL hari ini.

Bagaimanapun, Sheikh Mohd Nasir berkata Kelantan diberi peluang untuk mengemukakan rayuan kepada Badan Rayuan Pelesenan Kelab MFL sebelum 5 petang, 8 Jan ini terhadap keputusan FIB yang menolak permohonan mereka mendapatkan Lesen Kebangsaan.

Skuad The Red Warriors yang terpalit masalah kewangan musim ini menamatkan saingan Liga Super 2023 pada kedudukan tercorot dengan mengumpul lapan mata selepas tewas dalam 22 perlawanan dan meraih masing-masing dua keputusan menang dan seri.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli MRSM: Empat disingkirkan, dua lagi digantung

EMPAT disingkirkan manakala dua lagi pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor digantung persekolahan selepas terbabit kes buli. Perkara...

More Articles Like This