Kerajaan pertimbang perkenal semula Kad Diskaun Siswa – Salahuddin

Dari Penulis

KERAJAAN mempertimbangkan untuk memperkenalkan semula kad diskaun kepada pelajar institut pengajian tinggi (IPT) dalam usaha membantu mengurangkan beban dan menjaga kebajikan golongan berkenaan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata perbincangan akan dilakukan bersama Kementerian Kewangan dan Kementerian Pengajian Tinggi dalam masa terdekat.

KAD Diskaun Siswa yang pernah diperkenalkan kerajaan sebelum ini. – Gambar Internet

“Ini kerana ia berada di luar bidang kuasa saya tetapi idea itu boleh dipanjangkan sepertimana banyak program Rahmah dilaksanakan untuk siswa seperti menu makanan berharga di bawah RM5.

“Program-program ini diadakan untuk memudahkan mereka mendapatkan makanan di universiti, malah ada ‘food bank’ untuk mereka yang memerlukan mendapatkan barangan tertentu secara percuma,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Program Jelajah Rahmah dan Townhall Menteri KPDN Bersama Rakyat di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Perak, Seri Iskandar di Parit hari ini.

Sebelum ini, Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) direka untuk berfungsi sebagai kad debit, ATM dan diskaun hingga 60 peratus untuk pelbagai produk bagi penuntut IPT.

Dalam pada itu, Salahuddin berkata kerajaan turut bercadang meneruskan Jualan Rahmah di kesemua 600 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negara secara bergilir-gilir bagi membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat.

  — BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Malaysia ucap tahniah kepada parti pemerintah China sempena ulang tahun penubuhan ke-105

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mewakili kerajaan dan rakyat Malaysia mengucapkan tahniah kepada parti pemerintah China sempena ulang...

More Articles Like This