NEGARA kehilangan sebutir permata apabila Pengerusi Majlis Dakwah Negara (MDN) Prof Emeritus Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abd Majid meninggal dunia pada 10.20 malam tadi
Perkara itu disahkan oleh MDN menerusi laman sosial Facebook rasminya.
Allahyarham yang merupakan tokoh akademik dan pendakwah itu meninggal dunia pada usia 78 tahun.
“Jenazah akan dimandikan di Masjid Tun Abdul Aziz Seksyen 14 pada pukul 9 pagi.
“Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara pada pukul 11 pagi,” maklum laman Facebook itu.
Allahyarham Mahmood Zuhdi merupakan Pengerusi MDN sejak 2016 dan profesor emeritus di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

