SEORANG lelaki disahkan maut selepas terjun dari tingkat empat sebuah pusat beli belah dekat Puchong Jaya, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A. A. Anbalagan berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian daripada Hospital Serdang pada pukul 11.09 pagi.
Beliau berkata, semakan kamera litar tertutup mendapati mangsa seorang lelaki India telah melihat keadaan sekitar sebelum melangkah melalui besi penghalang.
Mangsa kemudian bergayut secara duduk dan terus terjun ke bawah bangunan.
“Lelaki berusia 26 tahun itu telah dihantar ke hospital bagi menerima rawatan lanjut.
“Bagaimanapun, doktor mengesahkan mangsa meninggal dunia pada pukul 1.15 petang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, pemeriksaan mendapati mangsa mengalami kecederaan patah tulang rusuk hadapan dan belakang dipercayai kerana jatuh dari tempat tinggi.
Mayat akan dihantar ke Jabatan Forensik bagi tujuan bedah siasat.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

