POLIS kini memburu seorang pemandu Proton Wira yang meninggalkan kereta dan bertindak melarikan diri selepas terlibat dalam kemalangan maut di Jalan Hulu Langat, Kajang pada pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, kemalangan pada pukul 8 pagi itu berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal Suzuki dalam perjalanan ke Batu 14, Hulu Langat.
Beliau berkata, sampai di simpang tiga Jalan Hulu Langat, pemandu Wira datang dari arah bertentangan lalu membelok masuk ke simpang dengan cuai sehingga berlaku kemalangan.
“Pemandu Wira kemudian melarikan diri dari tempat kemalangan manakala penunggang motosikal berusia 22 tahun itu disahkan meninggal dunia di Hospital Ampang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, polis kini mengesan pemandu Wira dan saksi terlibat bagi membantu siasatan.
Mohd Zaid berkata, kereta Proton Wira itu didaftarkan atas nama Sarmadi Noramat dan alamat terakhir dikesan di No 18, Jalan Watan 12 di Ampang.
Kertas siasatan di buka di bawah Seksyen 14(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Ammar di talian 018-2586153.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

