PENGUNDURAN Tan Sri Idris Jusoh sebagai Pengerusi Felda lebih awal daripada tarikh sepatutnya adalah atas ‘kehendak’ Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perkara itu didedahkan Idris seperti dilaporkan FMT, hari ini.
“Atas kehendak YAB (Yang Amat Berhormat) PM (Perdana Menteri),” katanya ringkas.
Idris bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai pengundurannya itu.
Terdahulu, beliau dalam hantaran di Facebook memaklumkan akan menamatkan perkhidmatan sebagai Pengerusi Felda berkuat kuasa 30 Jun ini.
Bekas Menteri Besar Terengganu itu mengundurkan diri lebih awal dari tarikh sepatutnya iaitu Mei tahun depan.
“Saya mengucapkan terima kasih kepada YAB PM, DS Anwar Ibrahim yang telah memberi peluang kepada saya untuk menjawat jawatan ini di bawah kepimpinan YAB.
“Saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua warga peneroka, petugas-petugas di Felda dan semua yang telah memberi kerjasama kepada saya.
Baca artikel berkaitan: Idris Jusoh tamat perkhidmatan Pengerusi FELDA
“Saya doakan semoga Felda akan sentiasa terus berjaya di dalam keberkatan. Terima kasih,” katanya dalam hantaran tersebut.
Idris dilantik sebagai Pengerusi Felda pada 1 Mei 2020 sebelum disambung kontrak selama dua tahun berkuat kuasa Mei 2022 di bawah pentadbiran Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Kontrak Idris yang juga bekas Ahli Parlimen Besut itu sepatutnya tamat pada Mei tahun depan.
Bekas Menteri Pendidikan Tinggi itu mengambil alih Felda daripada Tan Sri Mohd Bakke Salleh yang meletak jawatan sebagai Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah agensi tersebut.
Mohd Bakke dilantik sebagai Pengerusi Felda selama dua tahun mulai 1 Julai 2019 hingga 30 Jun 2021.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

