Dua suspek samun swafoto diberkas polis pagi tadi

Dari Penulis

DUA lelaki yang merupakan suspek utama kejadian samun serta mencederakan seorang pekerja kedai 7-Eleven di Semenyih ditahan pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, dua suspek berbangsa India masing-masing berusia 31 dan 32 tahun itu ditahan pada pukul 11.30 pagi dan 12.30 tengah hari tadi.

Beliau berkata, kedua-dua suspek ditahan di Seremban, Negeri Sembilan dan Sepang, Selangor.

“Turut dirampas dua buah telefon bimbit bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, pemeriksaan lanjut mendapati suspek yang ditangkap masing-masing mempunyai satu rekod lampau melibatkan jenayah dan dadah.

“Suspek akan direman esok dan kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan,” ujarnya.

UtusanTV semalam melaporkan polis menerima makluman mengenai kejadian daripada mangsa seorang lelaki Melayu berusia 18 tahun pada pukul 7.43 pagi.

Dalam kejadian pukul 5 pagi itu, mangsa yang sedang bekerja di premis berkenaan telah didatangi dua lelaki berbangsa India yang tidak dikenali mahu membeli minuman.

Salah seorang daripada suspek telah mengambil tiga batang payung dan keluar dari premis tanpa membuat bayaran.

Mangsa yang melihat kejadian tersebut kemudian menegur perbuatan suspek sebelum berlaku pertengkaran mulut sebelum ditumbuk suspek.

Malah suspek sempat berswafoto dengan mangsa.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

‘Saya terharu, lega akhirnya dapat jemputan ikhlas daripada Anthony Loke’ – Onn Hafiz

MENTERI Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi melahirkan rasa terharu dan lega kerana 'akhirnya' mendapat jemputan yang 'ikhlas' daripada...

More Articles Like This