Penonton bermain emosi tunggu kesudahan cerita Andai Itu Takdirnya. Malam ini penantian peminat bakal berakhir

Dari Penulis

MELIHATKAN kepada respons yang diberikan kepada drama Andai Itu Takdirnya, ramai penonton yang geram dan rasa ‘dimanipulasi’.

Menurut penonton, mereka akan terus larut dalam permainan emosi sehinggalah episod akhir drama itu kelak. Geram, sedih dan marah bakal bercampur baur membuatkan semua tidak senang duduk sehinggalah mereka dapat melihatkan apakah kesudahan cerita ini kelak.

Malam ini merupakan minggu terakhir drama karya hebat Siti Rosmizah yang membariskan Hannah Delisha dan Shukri Yahaya. Pastinya ramai yang tidak sabar untuk menonton dan melihat apakah kesudahan perjalanan rumah tangga Syed Aizril dan Aleya.

Pelbagai permainan emosi akan lebih bergolak. Kekuatan naratif dan pembawaan emosi dalam setiap episod berjaya dipaparkan oleh barisan pelakon berbakat yang menerajui drama ini.

Setelah pelbagai dugaan dilalui oleh Aleya, emosinya yang turun naik kerana masih trauma dengan sifat Aizril. Layakkah Aizril mendapat kemaafan dari Aleya atau perpisahan adalah jalan yang terbaik?

Dibawah arahan pengarah oleh Jamal Khan serta terbitan SR One Sdn Bhd, drama ini turut dibintangi Puteri Sarah Liana sebagai Umairah dan Idzham Ismail sebagai Ikram.

Runut bunyi yang dihasilkan khas untuk drama ini bertajuk ‘Andai Itu Takdirnya’ telah dinyanyikan oleh penyanyi berbakat besar, Vanessa Reynauld dan juga ‘Takdir Cinta Kita’ telah dinyanyikan oleh penyanyi yang bersuara lunak, Asfan Shah dan Erin CTJ.

Minggu akhir ‘Andai Itu Takdirnya’ Karya Siti Rosmizah ditayangkan pada setiap hari Isnin 19 Jun 2023 hingga Khamis 22 Jun, pukul 10 malam eksklusif melalui saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang fleksibel.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Fajar Noor buka lembaran baharu, Sementara, Selamanya jadi manifestasi kematangan emosi

SETELAH sekian lama dinanti, penyanyi yang sinonim dengan naskhah muzik yang menyentuh jiwa, Fajar Noor akhirnya kembali mengubat rindu...

More Articles Like This