YANG di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud berada dalam keadaan baik dan sihat, kata Astana Negeri Sarawak.
Sehubungan itu, Setiausaha Sulit Yang di-Pertua Negeri, Juhih Salleh Ahmad menyangkal dakwaan bahawa Abdul Taib sedang tenat dan berada di hospital.
Menurut Juhih, berita yang tersebar mengenai keadaan kesihatan bekas Ketua Menteri Sarawak itu adalah palsu.
Juhih berkata, Astana Negeri Sarawak turut berharap dengan pengeluaran kenyataan itu, semua laporan palsu serta khabar angin mengenai kesihatan Abdul Taib dihentikan.
“Berita yang tular di platform media sosial dan tidak disahkan yang bukan daripada Astana Negeri Sarawak mengenai kesihatan Tun Taib di adalah palsu dan tidak benar sama sekali.
Baca artikel berkaitan: Peruntukan tinggi untuk Sabah, Sarawak berdasarkan keperluan – PM
“Astana Negeri Sarawak ingin meyakinkan seluruh rakyat Sarawak bahawa Yang di-Pertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud sihat dan berada dalam keadaan baik,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Abdul Taib, 87, mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak ketujuh pada 1 Mac 2014 bagi menggantikan Tun Abang Muhammad Salahuddin yang tamat tempoh perkhidmatannya pada 28 Februari 2014.
Dilahirkan di Miri pada 21 Mei 1936, beliau adalah Ketua Menteri Sarawak yang keempat yang berkhidmat selama 33 tahun mulai 1981 sehingga 2014.
Sejak Selasa lalu, tersebar berita bahawa Tun Abdul Taib kini berada dalam keadaan koma di Hospital Umum Sarawak.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

