Man Wei Chong-Tee Kai Wun, pasangan kedua Malaysia juara di Terbuka Taiwan

Dari Penulis

PASANGAN beregu badminton lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun muncul juara Terbuka Taiwan 2023 dalam perlawanan akhir yang diadakan di Tian-mu Arena, University of Taipei, hari ini.

Kemenangan itu merupakan berita gembiara untuk pasukan negara, selepas pada awal tadi pasangan beregu campuran Malaysia, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei turut menjuarai gelaran Jelajah Dunia itu selepas menumpaskan pasangan tuan rumah Chiu Hsiang Chieh-Lin Xiao Min.

Wei Chong-Kai Wun yang merupakan juara bertahan berjaya mempetahan gelaran mereka selepas menewaskan pasangan tuan rumah, Lu Ching Yao-Yang Po Han yang berada di rangkin ke-15 dunia dengan 20-22, 21-17 dan 21-14 dalam masa 71 minit.

Walaupun tewas 20-22 pada set pertama dalam aksi dramatik, Wei Chong-Kai Wun bangkit dengan permainan lebih kemas pada set kedua.

Gandingan negara yang berada di ranking ke-23 dunia menang 21-17 untuk mengheret pasangan yang menduduki ranking ke-15 dunia ke set penentuan.

Pada set penentuan , kedua-dua beregu yang belum pernah bertemu saling bertukar mata di awal perlawanan namun Wei Chong-Kai Wun berjaya mematahkan asakan lawan sebelum mencatat kemenangan 21-14.

Kemenangan itu membolehkan Wei Chong-Kai Wun membawa pulang hadiah wang tunai AS$16,590 (RM77,583).

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Gyokeres, Isak bantu Sweden benam Tunisia 5-1

GANDINGAN penggempur berbisa, Alexander Isak dan Viktor Gyokeres membantu Sweden menewaskan Tunisia 5-1 dalam perlawanan pertama Kumpulan F, sebentar...

More Articles Like This