SEORANG lelaki maut selepas terjatuh dari tingkat 22 sebuah apartmen di Taman Putra Permai, tengah hari tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Wan Razali Wan Ismail berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian pada pukul 12.34 tengah hari.
Beliau berkata, sepasukan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Serdang dikerahkan ke lokasi kejadian.
“Bomba tiba di lokasi dan mendapati seorang lelaki Cina berusia 34 tahun terjatuh dari kediamannya.
“Lelaki terbabit dipercayai tinggal sendirian ketika kejadian berlaku,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, pemeriksaan mendapati lelaki terbabit cedera parah sebelum disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan.
Mayat telah diserahkan kepada polis bagi tindakan lanjut.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

