Lengan budak perempuan lebam, 20 minit tersepit mesin penguli

Dari Penulis

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia empat tahun lebam pada lengan kirinya selepas tersepit 20 minit pada mesin penguli roti di Sungai Besar, Selangor hari ini.

Difahamkan, mangsa bersama bapanya di kedai roti milik keluarganya itu ketika kejadian kira-kira pukul 3 petang.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 3.05 petang.

Katanya, sepasukan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Besar dikejarkan ke lokasi.

“Setibanya di lokasi, kami mendapati lengan kiri kanak-kanak perempuan itu tersepit di mesin penguli roti.

“Anggota bertugas kemudian mengeluarkan bahagian yang tersepit dengan peralatan khas dalam masa kira-kira 10 minit, katanya dalam kenyataan.

Tambahnya, kanak-kanak itu tidak mengalami kecederaan serius, hanya lebam pada lengannya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

‘Datuk’ disyaki ketua kongsi gelap antara 291 ditahan, dadah RM6.26 juta dirampas

SEORANG lelaki bergelar 'Datuk' dipercayai ketua sebuah kumpulan kongsi gelap menjadi antara 291 individu ditahan dalam Op Gaurus dilaksanakan...

More Articles Like This