SEORANG warga asing maut setelah tersepit apabila lori yang dinaikinya berlaku kemalangan dengan sebuah lagi lori di Jalan Lapangan Terbang Subang.
Pasukan Bomba dan Penyelamat Selangor memberitahu, mangsa yang maut merupakan warga Myanmar berusia dalam lingkungan 20an manakala rakan di dalam lori sama hanya mengalami kecederaan ringan.
Katanya, ketika kemalangan berlaku, mangsa menaiki lori seberat lima tan yang membawa muatan ais.
“Komander operasi melaporkan kemalangan melibatkan dua buah lori di Jalan Lapangan Terbang Subang menghala Shah Alam.
“Satu mangsa lelaki India 58 tahun berjaya dikeluarkan oleh pihak bomba dan mengalami cedera ringan manakala satu mangsa warga Myanmar disahkan meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Operasi telah disertai seramai enam orang anggota bomba dan komander operasi Mohd Azri Kamil Maarof.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

